Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong menggalakkan pihak berkuasa dari Malaysia serta Singapura supaya mengekalkan hubungan kerja cemerlang mereka dalam siasatan membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di sini hari ini, kedua-dua pemimpin mengambil maklum kerjasama yang sedang terjalin antara agensi dan institusi kedua-dua negara, secara dua hala, serta dalam kerjasama dengan Amerika Syarikat dan Switzerland.
Ini termasuk menyiasat kesalahan, berkongsi maklumat tentang akaun bank, pemindahan dana, dan transaksi lain yang mempunyai kaitan dengan aliran dana 1MDB dan memperoleh semula aset, menurut kenyataan bersama itu.
Kenyataan itu menyebut kedua-dua pemimpin mengambil maklum bahawa mahkamah Singapura telah memerintahkan supaya kira-kira S$15 juta (RM45 juta) dana berkaitan 1MDB dikembalikan kepada Malaysia, dan usaha untuk memperoleh aset selanjutnya masih berjalan.
Pihak berkuasa Singapura turut saling memberi bantuan perundangan dalam mendapatkan rekod yang dipegang oleh institusi kewangan dan mempermudahkan temu bual bersama saksi, sejajar dengan undang-undang Singapura, jelas kenyataan itu.
Pada 20 Mac, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam Laporan Penguatkuasaan pertamanya, mengesahkan bahawa kes 1MDB merupakan siasatan paling komprehensif oleh MAS setakat ini berkaitan pengubahan wang haram dan menangani pembiayaan keganasan.
Dalam laporan itu, 1MDB adalah satu daripada Kes Tumpuan berhubung pelanggaran kawalan berkaitan pengubahan wang haram oleh entiti dan individu.
BACA: Menyelesaikan kesesakan lalu lintas di sempadan Malaysia-Singapura jadi keutamaan
Mengenai hubungan dua hala, kenyataan itu menyebut Perdana Menteri Lee mengundang Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, untuk menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Ulang Tahun ke-200 Singapura pada 9 Ogos, dan Dr Mahathir menerima undangan itu.
"Perdana Menteri Lee menantikan untuk meraikan Perdana Menteri Dr Mahathir bagi sambutan bersejarah yang penting ini," jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir dan Lee juga berharap untuk mengadakan mesyuarat ke-8 Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa ke atas Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge untuk menyelesaikan masalah penentuan sempadan maritim dua hala yang lama tertangguh di kawasan berkenaan.
Para pemimpin itu juga menantikan penetapan lokasi sebenar titik batas sempadan antarabangsa mengikut 'Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura untuk Menetapkan Dengan Tepat Sempadan Perairan Wilayah Sejajar dengan Perjanjian Air Wilayah Johor dan Negeri-negeri Selat 1927' yang ditandatangani pada 7 Ogos 1995, kata kenyataan bersama itu.
Menurut kenyataan bersama itu Malaysia dan Singapura mengulangi komitmen kedua-dua negara untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala sedia ada berkaitan alam sekitar, termasuk isu dengan implikasi rentas sempadan, terutamanya dalam bidang pemantauan kualiti marin dan udara selain pergerakan bahan buangan rentas sempadan.
Dr Mahathir dan Lee turut mengulangi bahawa hubungan sejarah dan kebudayaan antara kedua-dua negara merupakan asas bagi hubungan yang lebih akrab dan ia terus diperkukuhkan menerusi pertukaran kebudayaan.
Mereka menantikan pelancaran Persembahan Kebudayaan Malaysia Singapura, yang diadakan setiap tiga tahun, pada separuh kedua 2019 di Kuala Lumpur dengan tema 'Belia'.
Para pemimpin itu juga mengambil maklum pertukaran yang sedang berlaku antara Kementerian Komunikasi dan Penerangan Singapura dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam mesyuarat tahunan Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura dalam bidang penerangan serta komunikasi.
"Para pemimpin turut mengambil maklum kemajuan yang dicapai ke arah memuktamadkan Memorandum Persefahaman untuk Menggalakkan Kerjasama berkaitan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital menjelang Oktober 2019," jelas kenyataan itu.
Dr Mahathir dan Lee turut menyambut baik kemajuan yang dicapai oleh EZ-Link Singapura dan Touch n Go Malaysia untuk melancarkan kad 'Combi' rentas sempadan yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya di kedua-dua negara.
"Apabila dilaksanakan secara rasmi kelak, kad Combi dua mata wang itu akan membolehkan pengguna membuat pembayaran bagi jalan bertol dan caj letak kenderaan di kedua-dua negara menggunakan kad yang sama," kata mereka.
Kedua-dua pemimpin turut mengambil maklum perkongsian antara syarikat perkhidmatan kewangan NETS dari Singapura dan PayNet dari Malaysia untuk menerima kad NETS ATM yang dikeluarkan bank Singapura di Malaysia dan kad MyDebit ATM yang dikeluarkan bank Malaysia di Singapura.
Pada masa ini, menurut kenyataan itu, pengguna Singapura boleh menggunakan kad NETS ATM mereka untuk membuat pembayaran di lebih 3,500 pusat penerimaan di seluruh Malaysia, menandakan kali pertama kad NETS ATM boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar Singapura.
"Kad MyDebit akan diterima di Singapura mulai suku ketiga 2019 dan seterusnya," menurut kenyataan bersama itu.
Mengenai perkara serantau, Dr Mahathir dan Lee menyambut baik perkembangan Rangkaian Bandar Raya Pintar ASEAN, sebagai platform untuk menjayakan projek bandar raya pintar bagi mempertingkatkan kehidupan penduduk ASEAN.
Kedua-dua pemimpin menegaskan semula kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau dan menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih rapat.
Kenyataan bersama itu menyebut kedua-dua pemimpin juga menegaskan semula komitmen mereka terhadap pelaksanaan penuh dan berkesan 'ASEAN 2025: Melangkah Maju Bersama' serta 'Wawasan Pemimpin ASEAN bagi ASEAN yang Berdaya Tahan dan Berinovasi'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2019

Dr Mahathir bersalaman dengan Lee ketika perjumpaan bagi mengadakan perbincangan di bawah rangka kerja Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 9 April, 2019. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.