Namun jangan disalah sangka, bekas Perdana Menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu ber'selfie' dan beramah mesra.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.
Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya.
Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa pada Khamis. - fotoBERNAMA