Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, ketidakstabilan akan tecetus sekiranya, kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong terus menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.
Perdana Menteri turut mengingatkan, jika kedua-dua persatuan berkenaan melakukan perkara yang sama di negara lain, sudah pasti pihak berkuasa negara itu akan bertindak dengan menggunakan gas pemedih mata.
“Tindakan itu hanya mengakibatkan kaum Melayu membalas dengan membuat kongres mereka sendiri dan akan menyuarakan agar sekolah Cina ditutup. Anda lakukan perkara seperti itu (bantah tulisan Jawi), anda akan mendapat reaksi (orang Melayu dan Islam).
“Kita hidup di negara yang berbilang kaum. Ia sangat penting bagi kita untuk mengambil kira mengenai perasaan dan sensitiviti kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Antarabangsa di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas gesaan persatuan Dong Zong dan Jiao Zong yang menggunakan nama Dong Jiao Zong, ke atas pertubuhan berdaftar Cina yang lain untuk bersama-sama menyuarakan bantahan terhadap penulisan Jawi di sekolah vernakular.
Semalam, Dong Jiao Zong dilaporkan berkata, Kongres Organisasi Cina adalah gabungan kekuatan untuk menjaga kedaulatan lembaga sekolah di bawah naungan mereka.
“Ia juga adalah gesaan kepada kerajaan untuk mendengar suara rakyat dan membatalkan pengenalan pelajaran Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk sekolah jenis kebangsaan,” kata pertubuhan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini menghormati kebebasan bersuara, tetapi ia tidak boleh disalahgunakan sewenang-wenangnya.
“Anda mula menyerang kaum lain, atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, hasilnya adalah ketidakstabilan dan kacau-bilau, ramai orang akan menjadi miskin dan akhirnya pergi meninggalkan negara ini” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 20 2019

Dr Mahathir mengingatkan Dong Zong dan Jiao Zong bahawa ketidakstabilan akan berlaku jika kedua-dua persatuan itu terus menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PM digesa tolak tuntutan Dong Zong
Tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Dong Jiao Zon bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.

Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.

Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.

Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran.

GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Desakan itu disuarakan dalam Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.

Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam
Suhakam menegaskan, hak kebebasan berhimpun dan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis
Sebanyak 17 persatuan Cina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina yang dijadualkan hari ini.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.