SIAPAKAH pencipta wang kripto Bitcoin? Jawapan yang akan diterima apabila melakukan carian Wikipedia, Google dan ChatGPT ialah Satoshi Nakamoto.


Ringkasan AI
  • Satoshi Nakamoto ialah nama samaran yang menerbitkan kertas putih Bitcoin pada tahun 2008. Identiti sebenar Satoshi Nakamoto masih menjadi misteri.
  • Pengarah dokumentari di HBO mendakwa Peter Todd, seorang pembangun perisian dari Kanada, adalah Satoshi Nakamoto. Namun, Todd menafikan dakwaan ini.
  • Selain Todd, Dorian Nakamoto dan Nick Szabo juga disyaki sebagai Satoshi Nakamoto tetapi mereka menafikan. Craig Wright mengaku sebagai pencipta Bitcoin, tetapi dakwaannya ditolak oleh mahkamah UK.


Namun begitu, Satoshi Nakamoto yang menerbitkan kertas putih Bitcoin pada tahun 2008 ialah nama samaran individu yang identitinya menjadi misteri.

Tetapi menurut pengarah dokumentari Money Electric: The Bitcoin Mystery di HBO, identiti sebenar Satoshi Nakamoto ialah Peter Todd seorang pembangun perisian dari Kanada.

Identiti sebenar Satoshi Nakamoto dikesan menggunakan pelbagai maklumat dalam talian dan melihat sejarah interaksi beliau dengan Peter Todd.

Peter Todd adalah antara individu yang mengatakan beliau pernah menghubungi Satoshi Nakamoto sebelum watak misteri ini menghilangkan diri pada tahun 2010.

Sungguhpun begitu, Peter Todd apabila dihubungi mengatakan beliau bukan pencipta Bitcoin walaupun adalah antara individu yang disyaki sejak sekian lama.

Selain Todd, Dorian Nakamoto seorang ahli fizik dan Nick Szabo seorang ahli sains komputer juga antara calon-calon tuurt menafikan mereka adalah Satoshi Nakamoto.

Hanya Craig Wright, seorang warga Australia melakukan pengakuan terbuka beliau ialah pencipta Bitcoin tetapi dakwaan ini telah ditolak oleh mahkamah UK yang memihak kepada pihak Crypto Open Patent Alliance (COPA) yang mengheret beliau ke mahkamah.

Satoshi Nakamoto akan kekal menjadi enigma dalam dunia kripto kerana beliau memulakan demam mata wang global.

Beliau juga memegang 1 juta Bitcoin yang kini bernilai RM 267 bilion dengan tiada sebarang aktiviti dikesan pada akaun sejak 2010. -Amanz