KUALA LUMPUR: Maybank mengumumkan beberapa perkhidmatan utamanya tidak boleh diakses buat sementara waktu antara jam 3 hingga 7 pagi dari 12 hingga 13 Oktober 2024.

Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan dan akan melibatkan perkhidmatan utama mereka seperti Maybank2U (web dan aplikasi), aplikasi MAE, dan Maybank2u Biz (web dan aplikasi).

"Kesemua perkhidmatan terlibat akan tergendala sementara waktu dan orang ramai disaran untuk membuat transaksi lebih awal sebelum penyelenggaraan berjadual ini.

"Pihak Maybank juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sebarang kemusykilan boleh diajukan ke Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank," kata bank itu dalam kenyataan.