Sedih dan tragis, itulah yang diluahkan oleh ahli politik dan netizen tanah air apabila mendengar berita pemergian enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam semalam.

Turut meluahkan rasa simpati keatas pemergian anggota bomba berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melalui tweetnya yang sedih mendengar khabar tersebut.

“Saya bersedih mendengar berita enam hero Anggota Pasukan Penyelamat JBPM terkorban ketika dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong. Takziah kepada ahli keluarga hero-hero ini,” tweet Dr Wan Azizah menerusi akaun peribadinya.

[LAPOR LANGSUNG] #BombaHeroKami


Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, SSyed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli politik yang lain juga turut bersimpati dan mendoakan kepemergian mangsa serta keluarga mangsa.

Foto Astro AWANI





Selebriti tanah air juga turut meluahkan rasa sedih dan memberi penghormatan mereka di sosial media mereka. Penyanyi dan juga ahli bomba, Syafiq Farhain turut memuatnaik gambar keenam-enam anggota bomba itu sebagai "tribute" kepada mereka serta mendoakan pemergian mangsa.






Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun; Mazlan Omarbaki, 25 tahun, dan Yahya Ali, 24 tahun.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33 tahun, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.

Semoga semua ahli keluarga mangsa terus tabah dengan pemergian keenam-enam anggota bomba tersebut.