KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan pemberian kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini berkata ini susulan peningkatan keuntungan pelaburan dan trend prestasi deposit Simpan SSPN setiap tahun serta disokong pelbagai keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN.
"Pada 2023, PTPTN merekodkan pulangan pelaburan deposit Simpan SSPN sebanyak RM287.64 juta bagi tempoh Januari sehingga September 2023, sekali gus menyaksikan pencapaian hasil pelaburan yang lebih baik berbanding RM220.63 juta bagi tempoh yang sama tahun 2022.
"Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR)) kepada 3.0 peratus pada 3 Mei 2023 sehingga kini membantu PTPTN memperoleh pulangan pelaburan yang lebih konsisten," katanya.
Beliau berkata peningkatan keuntungan ini disokong kaedah pelaburan patuh Syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, di samping memberikan pulangan tinggi.
Pemberian kadar dividen Simpan SSPN bagi 2022 adalah sebanyak 3.05 peratus.
Norliza berkata pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang dan penglibatan pelaburan dalam pasaran sukuk turut membantu meningkatkan pulangan pelaburan itu, selaras hasrat kerajaan bagi memastikan simpanan dalam Simpan SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi.
"PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited memperkasakan amalan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi melalui Simpan SSPN.
"PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai 'Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara", katanya.
Beliau menyeru ibu bapa supaya membuat simpanan di Simpan SSPN bagi menikmati manfaat antaranya perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak selain simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.
Simpan SSPN juga adalah satu-satunya produk simpanan yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Norliza berkata jangkaan itu susulan peningkatan keuntungan pelaburan dan trend prestasi deposit Simpan SSPN setiap tahun serta disokong pelbagai keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN.- Gambar fail/Bernama
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.
Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.