KUALA LUMPUR: Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus namun sering disalahpandang sebagai lembab dan keadaan inilah yang dialami oleh Amer Adham Kamaruddin, 23.
Disahkan mengalami disleksia ketika di sekolah rendah, apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
Mesra disapa Amer, anak muda ini mengakui alam persekolahan, terutamanya ketika di sekolah rendah adalah tempoh yang sangat mencabar kerana meskipun telah menjengah usia lapan tahun, dia masih belum dapat membaca dan menulis dengan lancar.
"Saya mula dapat membaca sedikit demi sedikit ketika di darjah tiga atas inisiatif mama yang tidak putus asa dengan mengajar saya membaca hampir setiap hari di rumah," kata anak jati Batu Caves, Selangor ini kepada Bernama.
Masalah gangguan pembelajaran ini turut membuatkan adakalanya Amer mengasingkan diri akibat rasa malu, namun dia juga tidak mahu terus mengalah bahkan cuba mengenalpasti setiap kelebihan yang ada pada dirinya.
Ceburi dunia masakan
Berminat dalam dunia masakan, akhirnya Amer membuat keputuan untuk menceburi bidang berkenaan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Keluarga saya memang pandai memasak, terutamanya nasi beriani gam Johor, yang mana menu ini merupakan legasi kami sekeluarga.
''Apabila didedahkan dari kecil dengan dunia masakan ini jadi dari situ juga timbul minat saya untuk berada di dapur. Sejurus sahaja tamat peperiksaan SPM, saya terus mendaftar di sebuah institusi swasta di Subang Jaya dengan mengambil bidang kulinari untuk mengasah minat saya ini,'' katanya menambah, ilmu masakan bukan terhad kepada teori semata-mata tetapi perlu dilaksanakan bagi memudahkan penyediaan satu-satu menu atau hidangan.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekitar lima tahun lalu menjadi batu loncatan kepadanya untuk membuka perniagaan berasaskan makanan dari rumah.
"Ketika PKP, saya sedang bekerja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan kemudian 'direhatkan' lantaran hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Di sini adalah titik permulaan saya memasak pelbagai menu termasuk menu barat dengan bantuan keluarga dan teman rapat.
" Kami turut menghantar sendiri makanan tersebut kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Saya sendiri tidak menyangka ketika itu makanan kami mendapat respons yang sangat baik dari pelanggan,'' katanya yang ketika itu mempromosikan perniagaan makanannya menerusi laman sosial Facebook.
Amer menambah, susulan itu dia membulatkan hati untuk meninggalkan bidang perhotelan demi memenuhi impiannya untuk membuka perniagaan sendiri.
Cafe Dyslexia
Percubaan pertamanya ialah membuka sebuah kafe di Bangi, Selangor tetapi terpaksa ditutup sejak setahun yang lalu akibat beberapa masalah.
"Kafe di Bangi itu yang diberi nama Cafe Dyslexia hanya sempat beroperasi sekitar setahun lebih sahaja kerana masalah lokasi yang kurang strategik dan jauh dari rumah. Saya dan keluarga ketika itu rasa agak sukar untuk menguruskannya.
"Dengan bantuan mama, kami mencari dan kemudian buka pula sebuah kafe awal tahun ini dengan nama yang sama di Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves. Lokasinya lebih strategik kerana menjadi tumpuan orang ramai selain berdekatan dengan kediaman kami. Waktu operasi kami 7 pagi sehingga 11 malam, beroperasi setiap hari kecuali Rabu.
"Menu yang kami tawarkan kali ini juga lebih pelbagai yang mana kita mengetengahkan tiga jenis masakan iaitu masakan Melayu, Cina dan Barat serta turut menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut, " katanya yang turut mengaku bahawa keluarga adalah tulang belakang dalam pembukaan kafe tersebut.
Selain menyediakan menu dari air tangannya, Amer turut di bantu empat orang chef, masing-masing mempunyai pelbagai kepakaran termasuk dalam penyediaan pastri.
Kebanyakan menu yang ditawarkan kepada pelanggan juga adalah hasil idea dan resepinya tersendiri. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah Sirloin Steak, Dim Sum dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api.
Kongsi tentang disleksia
''Ramai pelanggan yang kerap mengajukan soalan kepada saya, mengapa kafe saya dinamakan Cafe Dyslexia, dan saya tidak malu memberitahu mereka bahawa nama kafe ini merujuk kepada diri saya sendiri iaitu pemilik kafe ini yang disahkan sebagai penghidap disleksia.
''Jika kebelakangan ini kita lihat ada perniagaan yang diusahakan oleh kumpulan individu dari kategori autistik dan sindrom down, mengapa pula tidak dari kami. Jadi saya mengambil peranan untuk ketengahkan pula golongan disleksia ini,'' katanya yang kini mampu membaca dan menulis dengan lancar.
Menurut Amer, penubuhan kafe itu juga secara tidak langsung membantunya untuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang disleksia dengan masyarakat dan antara platform terbaik agar masyarakat dapat menerima individu seperti dirinya.
''Kita tidak menolak ada segelintir ibu bapa yang menidakkan keadaan anak mereka dengan alasan anak mereka memang tidak pandai, sedangkan hakikatnya kemungkinan anak mengalami disleksia, jadi kita mahu ibu bapa tampil dan tidak malu dengan keadaan anak mereka.
''Sebenarnya sokongan daripada keluarga dan komuniti itu sendiri sangat diperlukan oleh golongan seperti kami. Ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya atau ada masalah seperti ini kena berikan sokongan kepada mereka supaya mereka juga boleh berdikari dan berjaya sepertimana individu normal yang lain,'' katanya.
Menurut Amer, dia juga sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan golongan istimewa itu.
''Kafe ini sangat terbuka, pelanggan tetap kami juga terdiri daripada anak-anak autistik dan disleksia dan kami sangat menghargai pelanggan-pelanggan ini.
''Kami akan cuba sehabis baik juga melayani anak-anak ini termasuk berbual dengan mereka,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715761102_tbcafedyslexia.jpg)
Menurut Amer, penubuhan kafe itu juga secara tidak langsung membantunya untuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang disleksia dengan masyarakat. - Gambar Bernama
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715761102_tbcafedyslexia.jpg)
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
![Mayat Nora Anne sudah dituntut keluarga Mayat Nora Anne sudah dituntut keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566006713_TBMAYATNORAANNE.jpg)
Mayat Nora Anne sudah dituntut keluarga
Mayat Nora Anne dibawa keluar pada pukul 12.42 malam daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban selepas semua urusan dokumentasi diselesaikan.
![Penemuan mayat Nora Anne: Penduduk zahir rasa sedih Penemuan mayat Nora Anne: Penduduk zahir rasa sedih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565714615_NoraAnneQuoirin.jpg)
Penemuan mayat Nora Anne: Penduduk zahir rasa sedih
Penduduk di sekitar kawasan resort di Pantai, Seremban menzahirkan rasa simpati, hiba dan terkejut susulan penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin.
!['Tolong jejaki Muhammad Ridzuan, sudah 50 jam dia hilang' - Bapa remaja OKU 'Tolong jejaki Muhammad Ridzuan, sudah 50 jam dia hilang' - Bapa remaja OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71518850518_RidzuanOKU.jpg)
'Tolong jejaki Muhammad Ridzuan, sudah 50 jam dia hilang' - Bapa remaja OKU
Bapanya mempersoalkan mengapa anaknya itu membawa beg sekolah bersama beberapa helai pakaian termasuk kad pengenalan dan kad OKU.