Kerajaan negeri Perak yang diterajui Pakatan Harapan memberi diskaun sebanyak 70 peratus bagi saman parkir di semua 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yoong Choo Kiong berkata, tempoh sebulan diberikan untuk diskaun iaitu dari 28 Mei hingga 28 Jun 2018.
Dalam masa sama, beliau memberitahu, parkir di semua PBT akan diseragamkan mulai Januari tahun depan, bagi memudahkan rakyat kerana mereka hanya perlu membeli kupon parkir yang boleh digunakan di semua PBT.
Selain itu, beliau turut mengumumkan penurunan bayaran tahunan papan tanda di premis perniagaan persendirian sebanyak 50 peratus, dalam masa terdekat.
“Bayaran itu yang meningkat sehingga 700 peratus sebelum ini telah menjejaskan keuntungan peniaga terjejas dan ada di antara mereka yang menurunkan papan tanda.
“Kita beri diskaun Ini supaya kita memulihkan wajah bandar kita lebih cantik, terutama sekali pada waktu malam, lebih ceria, lebih terang sebab banyak papan tanda sekarang berteknologi tinggi.
“Bila harga papan tanda pada dua tiga tahun lalu dinaikkan, menjejaskan pendapatan setiap PBT juga sebab ramai daripada mereka turunkan, tidak mahu pasang dan ini juga secara tidak langsung menjejaskan imej bandar raya kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pertama dengan Yang Dipertua PBT seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di sini, hari ini.
Paul Yoong berharap, dengan pengurangan itu, akan menceriakan suasana malam di dalam bandar seperti yang terdapat di negara-negara lain seperti di negara-negara maju.
Dalam masa sama, beliau memberitahu, setiap PBT juga akan menyediakan tiga kakitangan di kaunter-kaunter pertanyaan, bagi memudahkan urusan rakyat dari kaum Melayu, Cina dan India.
Beliau turut mengumumkan setiap PBT perlu mengadakan program turun padang sebanyak dua kali sebulan, pada pertengahan dan akhir bulan, untuk memahami masalah rakyat di samping memantau serta menyelia projek-projek yang diluluskan.
“Saya sendiri akan turut serta di dalam program itu dari semasa ke semasa dan jika keadaan mengizinkan atau memerlukan saya sendiri turun,” ujarnya.
Beliau menambah, setiap PBT juga dikehendaki mengadakan Program Bertemu Pelanggan sebulan sekali yang melibatkan Yang Dipertua serta ketua-ketua jabatan PBT berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 25 2018
![Diskaun 70 peratus saman parkir di Perak Diskaun 70 peratus saman parkir di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464507925_Parkir.jpg)
Diskaun sebanyak 70 peratus diberi bagi saman parkir di semua 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri. - Gambar fail
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717776310_membelibelah.jpg)
Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus
Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama.
![Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711779920_tbayamsegar.jpg)
Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara
Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri.
![Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694080298_PenangPort.jpg)
Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
![Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682691888_ZahidHamidi.jpg)
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
![Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679580100_PekerjaNasiAyam.jpg)
Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.
![MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678339278_AnthonyLoke.jpg)
MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar
Setakat ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30% daripada harga tiket penerbangan, kepada pelajar yang berdaftar.
![Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi! Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668666002_TBMASHUPinsentif.jpg)
Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi!
Seronok nak mengundi kali ini. Banyak sungguh tawaran diskaun produk, makanan, minuman dan pelbagai lagi yang disediakan!
![My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/81546932427_pass.jpg)
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
![Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658912247_MBPAHANG.jpg)
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
![KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644944220_TBKTM.jpg)
KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus
KTMB menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.