KUALA LUMPUR: Tiga lelaki pendatang asing tanpa izin bertindak nekad memanjat dinding yang diperbuat daripada zink setinggi kira-kira 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang dipenuhi najis bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam operasi, awal pagi ini.
Bagaimanapun, cubaan tiga lelaki yang tidak memiliki dokumen perjalanan lengkap itu gagal apabila berjaya dikesan dan ditahan dalam Op Jabatan Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Jalan Imbi, di sini bermula kira-kira 10 malam tadi hingga 2.30 pagi.
Operasi yang dilaksanakan secara bersepadu antara Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Putrajaya itu juga ‘cemas’ seketika apabila seorang wanita warga Indonesia berpura-pura diserang histeria dan mendakwa mengalami kekejangan pada bahagian badan.
Taktik wanita itu terbongkar apabila anggota Angkatan Pertahanan Awam yang turut menyertai operasi itu memberikan rawatan kecemasan dan mendapati ia hanyalah lakonan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Mereka antara 328 warga asing yang ditahan dalam operasi itu sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Bukit Jalil untuk pemeriksaan lanjut.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang turut menyertai operasi berkenaan berkata operasi kali ke-75 itu menyasarkan kawasan tapak pembinaan bagi memastikan kesahihan pasport dan tempoh pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang dimiliki pekerja warga asing.
Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan berusia 22 hingga 63 tahun membabitkan 204 warga Bangladesh, Indonesia (108), India (empat), Myanmar (sembilan) dan lain-lain (tiga).
"Kita akan siasat bagi menentukan sama ada pekerja ini ditempatkan di sektor asal seperti yang didaftarkan majikan atau sebaliknya.
“Saya perhatikan, suasana di kawasan ini tidak selesa dan sempurna daripada segi kemudahan penginapan asas yang diperuntukkan di bawah Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990) yang mana makan minum, tidur dan pembuangan air kecil serta besar yang tidak terurus tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP), perkara ini akan segera dirujuk kepada (Kementerian) Sumber Manusia," katanya.
Ismail berkata tindakan tegas akan diambil terhadap majikan sekiranya siasatan mendapati pekerja warga asing melakukan pekerjaan di sektor bertentangan dengan pekerjaan yang didaftarkan dalam dokumen.
-- BERNAMA
p /p
pTAG: imigresen, taktik, dicekup, panjat dinding, zink/p
Bernama
Sat Mar 20 2021
328 warga asing yang ditahan dalam operasi itu sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Bukit Jalil untuk pemeriksaan lanjut. - BERNAMA
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.