Dua beranak maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang dipercayai dipandu dengan laju di Kilometer (km) 32 Jalan Raub-Mempaga di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, menyebabkan Siti Farhana Othman, 25, dan ibunya Ramlah Saad, 60, kedua-duanya dari Felda Lembah Klau di sini maut serta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pemandu Isuzu D-Max, Lai Wan Man, 35, dari Kampung Chamang Baru, Bentong hanya mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi penumpang Perodua Myvi itu, Wan Mohamed Salleh Wan Chik @ Wan Su, 73, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku ketika Toyota Hilux itu dalam perjalanan dari arah Sungai Ruan ke Mempaga di Bentong manakala mangsa dari Bentong ke Felda Lembah Klau di sini.
"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu dengan laju terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
"Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang belakang Perodua Myvi itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Menurutnya, kejadian ini disiasat mengikuti Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih dilakukan.
Noraniza Kamsani
Mon Feb 25 2019
Pihak bomba sedang mengusung keluar mayat salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut. - Foto ihsan bomba
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
“Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam
Dakwaan Siti Zulaila seorang janda menghiris perasaan suaminya, Mohamad Shazwan Hafizi dan keluarga.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bertindak menikam mangsa dipercayai akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak.
Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu
Mohd Fadzil Othman, 27, kehilangan isteri Siti Norhasliza Kamarudin, 26, dan ibunya Omi Kalsom Man, 69, dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing
Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya bersama sebuah lori di kilometer 20, Jalan Nitar-Mersing, pada pagi tadi.
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli
Kenderaan mangsa dipercayai masuk ke laluan lori yang membawa muatan kayu dari arah bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.
Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan
Hasrat dua beranak untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM28 Jalan Terengganu-Kuantan.
Tiga termasuk dua beranak maut dalam kemalangan di Pontian
Mangsa, Muhamad Shah Rizal Jamaludin, bapanya, Jamaludin Abd Wahab, serta Muhamad Nor Azlan Roz, meninggal dunia di lokasi kejadian.