PONTIAN: Tiga lelaki termasuk dua beranak maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 5.7, Jalan Parit Semerah-Parit Kudus, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa, Muhamad Shah Rizal Jamaludin, 22, dan bapanya, Jamaludin Abd Wahab, 58, serta Muhamad Nor Azlan Roz, 28, yang juga mempunyai pertalian kekeluargaan, menaiki kereta Proton Saga berwarna putih, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, seorang lagi penumpang kereta terbabit, Mohd Faizal Saari, 35, dan pemandu kereta Proton Perdana berwarna hitam Donny Tauh, 20, pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Pontian.
"Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 5 petang tadi apabila kereta Proton Saga itu dari arah Parit Semerah menghala ke Parit Kudus dan kereta Proton Perdana itu dari arah bertentangan.
"Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga iaitu Muhamad Shah Rizal gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan kereta Proton Perdana itu yang berada di laluannya, sebelum terjunam ke dalam parit yang berair, mengakibatkan kesemua mereka tersepit," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Mohammad Shofee berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, Muhamad Shah Rizal, Muhamad Nor Azlan dan Jamaludin mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.
"Kesemua jenazah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pontian untuk tindakan lanjut, manakala Mohd Faizal dan Donny menerima rawatan di hospital yang sama," katanya.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Pemandu kereta Proton Perdana ini, Donny Tauh, mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Pontian. - Foto Facebook Polis Daerah Pontian
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
“Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam
Dakwaan Siti Zulaila seorang janda menghiris perasaan suaminya, Mohamad Shazwan Hafizi dan keluarga.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bertindak menikam mangsa dipercayai akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak.
Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu
Mohd Fadzil Othman, 27, kehilangan isteri Siti Norhasliza Kamarudin, 26, dan ibunya Omi Kalsom Man, 69, dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing
Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya bersama sebuah lori di kilometer 20, Jalan Nitar-Mersing, pada pagi tadi.
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli
Kenderaan mangsa dipercayai masuk ke laluan lori yang membawa muatan kayu dari arah bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.
Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan
Hasrat dua beranak untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM28 Jalan Terengganu-Kuantan.
Tiga termasuk dua beranak maut dalam kemalangan di Pontian
Mangsa, Muhamad Shah Rizal Jamaludin, bapanya, Jamaludin Abd Wahab, serta Muhamad Nor Azlan Roz, meninggal dunia di lokasi kejadian.