JOHOR BAHRU: Seorang lelaki bukan sahaja kempunan untuk mendapatkan jam tangan jenama Rolex berharga RM45,000 malah dia dipukul dan kerugian RM20,000 akibat disamun.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia 38 tahun datang ke Johor bersama rakannya.
Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Klang, Selangor melihat iklan yang menjual jam tangan berkenaan dalam Facebook sebelum menghubungi dan membuat janji temu dengan pemilik akaun itu.
"Mereka membuat janji temu di Eko Flora, Setia Indah semalam. Mangsa dan rakannya tiba di lokasi dijanjikan sebelum menemui dua lelaki untuk menjalankan urusan pembelian tersebut.
"Suspek meminta mangsa menyerahkan wang berjumlah RM45,000 untuk membolehkan mangsa melihat jam berkenaan.
"Namun mangsa memberitahu dia akan membayar RM20,000 secara tunai manakala selebihnya melalui dalam talian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, setelah mangsa menyerahkan wang berkenaan, seorang suspek bertindak menyembur mata mangsa dengan penyembur lada sebelum rakan suspek melarikan diri.
Katanya, suspek juga cuba menyembur mata rakan mangsa namun sempat dihalang sebelum berlaku pergelutan antara rakan mangsa dan suspek.
Sejurus itu, katanya, muncul tiga lelaki membawa parang dan kayu sebelum bertindak memukul mangsa sehingga cedera di kepala, lengan dan kaki.
"Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 01 2021
Seorang lelaki bukan sahaja kempunan untuk mendapatkan jam tangan jenama Rolex berharga RM45,000, malah dia dipukul dan kerugian RM20,000 akibat disamun. -Foto hiasan
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang Jaya
Jam Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold jam dicuri individu yang menyamar sebagai pelanggan semasa kedai berkenaan sedang dibuka.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.
Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.
Dipukul, disamun ketika mahu beli jam Rolex
Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor melihat iklan yang menjual jam tangan berkenaan dalam Facebook sebelum menghubungi dan membuat janji temu dengan pemilik akaun itu.
Jam tangan Rolex milik James Bond kini dilelong!
Walaupun ia tidaklah secanggih jam hari ini, ia masih boleh mencecah harga sehingga AS$280,000 (RM1.17 juta) berdasarkan anggaran nilainya.