KUALA LUMPUR:China berkemungkinan akan menuntut Laut China Selatan sebagai timbal balik dalam proses diplomasi vaksin yang sedang berlangsung dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Itu kebimbangan yang diutarakan Pensyarah Undang-undang Antarabangsa USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli yang melihat ia sebagai percaturan baharu China dalam membuat tuntutan luar biasa di Laut China Selatan.
“Dalam apa-apa diplomasi, memang terdapat timbal balik.
“Dalam undang-undang, terdapat istilah ‘quid pro quo’ yang bermaksud jika kita memberikan sesuatu, dalam timbal balik, kita akan mendapatkan sesuatu.
“Memang dari sudut diplomasi vaksin, China mungkin akan meminta sesuatu sebagai timbal balik,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Suga beri amaran pada China mengenai Laut China Selatan
Bagaimanapun, Dr Mohd Hazmi berkata sebarang perundingan melibatkan perairan perlu diselesaikan oleh negara-negara anggota dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
“Kita harus ingat perkara ini melibatkan banyak negara lain dalam UNCLOS 1982 dan China juga merupakan salah satu anggotanya.
“Jadi kita perlu bergerak secara satu kumpulan serta menghormati dan merealisasikan semangat konvensyen tersebut.
BACA: Apa yang kita perlu tahu mengenai tuntutan Malaysia di Laut China Selatan
“Kalau dikatakan ia akan memberikan kelebihan, saya rasa kita perlu imbangkan tanggungjawab negara-negara anggota bagi memastikan negara-negara tidak menuntut wilayah laut melebihi apa yang sepatutnya boleh dituntut mereka,” katanya.
Sebelum ini, China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.
Isabelle Leong
Tue Nov 10 2020
Dr Mohd Hazmi berkata sebarang perundingan melibatkan perairan perlu diselesaikan oleh negara-negara anggota dalam Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982. - Gambar REUTERS
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Diplomasi vaksin: China mungkin tuntut Laut China Selatan sebagai timbal balik - Pensyarah
Pensyarah Undang-undang Antarabangsa USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli yang melihat ia sebagai percaturan baharu China dalam membuat tuntutan luar biasa di Laut China Selatan.
Diplomasi vaksin bukti keakraban tertinggi hubungan Malaysia dengan China
Diplomasi vaksin dan bantuan COVID-19 merupakan norma baharu dalam hubungan antarabangsa masa kini.
Vaksin COVID-19 jadi alat timbal balik, jejas kedaulatan negara
Proses semak dan imbang perlu dilakukan dalam memastikan tidak ada negara yang akan tergadai kedaulatan hanya semata-mata ingin mendapatkan vaksin.
Diplomasi vaksin COVID-19: Negara lain sudah tempah dan beli, bila giliran Malaysia?
Adakah Malaysia akan ketinggalan dalam perlumbaan untuk mendapatkan senjata yang boleh menumpaskan musuh halimunan itu?