Tanpa disedari ramai, 'diplomasi sambal belacan' secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura.
Perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari oleh seorang pemimpin dunia.
Siapa sangka sambal belacan yang sudah menjadi kelaziman untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun juadah masakan lain bagi rakyat Malaysia turut memikat hati bekas Perdana Menteri Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew.
Dalam satu hantaran di laman Twitter, Tunku Azizah yang lebih dikenali 'cheminahsayang' dalam platform media sosial itu menarik perhatian bahawa baginda pada masa dahulu merupakan pembekal rasmi sambal belacan kepada Lee.
Malah, Raja Permaisuri Agong masih menjadi pembekal sambal belacan ke republik itu dan kini dinikmati oleh anak mendiang Lee yang merupakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
"Yang ni, dah lama saya nak share dengan rakyat Malaysia .... saya dulu ... the official sambal belacan supplier to the Prime Minister of Singapore .. Datuk Lee Kuan Yew ... and now supply kepada anaknya PM Lee juga," ciapnya.
Tunku Azizah pada masa sama turut berkongsi gambar sepucuk surat diutus oleh bekas Perdana Menteri Lee yang dimuat naik dalam akaun Instagram 'airtangan_tunkuazizah'.
"The six packets of belacan you gave me were delicious. I shared them with my two sons. They have all been consumed. It is the best chilli belacan we have tasted. Can my family have a few more?
"Sorry to trouble you over this. It makes so many dishes taste better."
("Enam paket (sambal) belacan yang Tuanku berikan kepada saya sangat sedap. Saya menikmatinya bersama dua anak lelaki saya. Semuanya habis dimakan. Ia sambal belacan terbaik yang pernah kami rasai. Jika boleh keluarga saya mahu menikmatinya lagi.
"Maaf kalau menyusahkan. Sambal ini menjadikan banyak hidangan lebih sedap.")
Surat berkenaan bertarikh 23 Julai 2009.
Tunku Azizah yang memuat naik gambar berkenaan pada 2 Mei 2018 di laman Instagram berkenaan menyifatkan ia sebagai surat yang paling bermakna untuknya.
"...kerana sambal belacan...terharu sangat," titah Seri Paduka.
Akaun Instagram 'airtangan_tunkuzaizah' memaparkan koleksi masakan oleh Baginda yang memang dikenali sebagai seorang anak raja yang gemar memasak. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari oleh seorang pemimpin dunia. - Gambar fail BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.