MELAKA: Hasrat seorang pesara swasta untuk tinggal di rumah baharu berkecai apabila dipedaya oleh sebuah syarikat membuat pelan dan membina rumah.
Lebih malang bukan sahaja rumah tidak dibina, mangsa yang mahu dikenali Che Din, 50, turut mengalami kerugian bernilai RM245,000.
Katanya beliau terpedaya selepas melihat tawaran membina rumah di tanah sendiri yang dipaparkan di laman Facebook milik syarikat yang dimiliki oleh pasangan suami isteri pada sekitar Januari 2022.
"Dari situ saya mula hubungi syarikat tersebut yang berada di Batu Berendam dan berdasarkan paparan di Facebook, syarikat itu mempunyai pelanggan dari Johor, Selangor malah Sabah.
"Saya berhubung dengan pegawai pemasaran syarikat itu dan akhirnya bersetuju menggunakan khidmat mereka bagi membuat pelan dan membina rumah," katanya pada sidang media khas di sini.
Katanya, segalanya berjalan lancar termasuklah memaparkan rumah contoh yang kononnya disiapkan oleh syarikat itu dan progres pembinaan rumah bagi projek lain di laman Facebook mereka, menandatangani kontrak serta lawatan ke tapak rumah beliau di Muar, Johor.
Bagaimanapun pegawai pemasaran dan pasangan suami isteri yang kononnya ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan syarikat itu mula gagal dihubungi selepas beliau membayar RM15,000 bagi pelan rumah dan RM230,000 sebagai progres pembinaan rumah peringkat pertama.
"Malah sehingga kini, salinan asal kontrak membina rumah juga tidak diserahkan kepada saya. Syarikatnya di Batu Berendam dan Facebooknya juga sudah ditutup namun dipercayai masih bergiat aktif mencari mangsa," katanya.
Bagi seorang lagi mangsa, Ahmad Fuad, 38, beliau diperdaya RM15,000 selepas menggunakan khidmat syarikat itu untuk membuat pelan rumahnya malah dijanjikan pelan rumah itu akan siap dalam tempoh tiga bulan.
"Namun selepas membuat pembayaran, pegawai pemasaran syarikat itu mula membuat pelbagai alasan dan akhirnya tidak dapat dihubungi," katanya yang merupakan pengusaha restoran di Bukit Beruang di sini.
Ahmad Fuad juga menjelaskan setakat ini terdapat enam lagi individu yang turut menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM1.85 juta.
"Saya berjaya mengesan enam mangsa lain ini secara kebetulan yang masing-masing mengalami kerugian antara RM190,000 hingga RM300,000 dan kami percaya ramai lagi yang menjadi mangsa sindiket ini dan beberapa laporan polis telah dibuat.
"Kami berharap siasatan segera dilakukan bagi menggelakkan lebih ramai orang yang ingin membuat rumah menjadi mangsa mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Mangsa terpedaya selepas melihat tawaran membina rumah di tanah sendiri yang dipaparkan di laman Facebook milik syarikat yang dimiliki oleh pasangan suami isteri.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Diperdaya syarikat bina rumah dan pelan di Facebook, mangsa gesa siasatan dilakukan
Setakat ini terdapat enam lagi individu yang turut menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut dengan kerugian dianggarkan RM1.85 juta.