Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.
"Ia diberikan pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.
"Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.
"Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.
Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
"Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.
Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus," katanya.
Semalam media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berasal dari Ujong Pasir, Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka pada Sabtu lepas akibat dijangkiti bakteria difteria.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan itu dengan masing-masing satu kematian di Melaka pada Sabtu lepas dan Kedah, pagi tadi.
Menurut beliau, kedua-dua kes kematian tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.
"Pesakit yang meninggal dunia di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 dengan sejarah demam selama lapan hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama tiga hari.
"Ujian sampel swab tekak disahkan positif difteria pada 20 Jun 2016 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur. Sementara pesakit kanak-kanak warga asing yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar belum diketahui keputusan ujian".
Jelas Dr Noor Hisham tindakan kawalan masih terus dijalankan di rumah pesakit, tadika, sekolah dan kawasan kejiranan bagi mengesan kontak rapat bagi kedua-dua negeri terlibat.
Bernama
Thu Jun 23 2016
![Difteria: Pastikan anak dapat imunisasi vaksin lima serangkai Difteria: Pastikan anak dapat imunisasi vaksin lima serangkai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443195114_DatukDrNoorHisham.jpg)
Kementerian Kesihatan menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria. -Gambar fail
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723628910_TBSretthaThavisin.jpg)
Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.
![MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719727105_TeoNieChing.jpg)
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' lawan COVID-19 Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' lawan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597065595_RohaizatYon.jpg)
Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' lawan COVID-19
Datuk Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595771909_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![COVID-19: 21 kes baharu direkodkan, 16 adalah kes penularan tempatan COVID-19: 21 kes baharu direkodkan, 16 adalah kes penularan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594986615_NoorHishamCOVID.jpg)
COVID-19: 21 kes baharu direkodkan, 16 adalah kes penularan tempatan
Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga kes adalah di kalangan bukan warganegara.
![Langkah KKM tangani COVID-19 selari kaedah Ibnu Sina - Dr Noor Hisham Langkah KKM tangani COVID-19 selari kaedah Ibnu Sina - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595548574_TBNoorHishamAbdulla.jpg)
Langkah KKM tangani COVID-19 selari kaedah Ibnu Sina - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun berada pada zaman yang berbeza, namun prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah.
![Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594910645_DGCOVID.jpg)
Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat
Setakat Khamis, nilai R0 adalah 1.36 dan apa yang membahayakan ialah kalau peratusan itu meningkat lebih daripada 1.6, jelas Dr Noor Hisham.
![KKM sambut baik arahan kerajaan wajibkan pemakaian pelitup muka KKM sambut baik arahan kerajaan wajibkan pemakaian pelitup muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595409197_TBFaceMask.jpg)
KKM sambut baik arahan kerajaan wajibkan pemakaian pelitup muka
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik keputusan kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka.
![COVID-19: Kes positif kembali satu angka dengan 9 kes baharu COVID-19: Kes positif kembali satu angka dengan 9 kes baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595497512_NoorHishamCOVID.jpg)
COVID-19: Kes positif kembali satu angka dengan 9 kes baharu
Kes positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan satu angkat selepas sembilan kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di adalah 8,840 kes.
![KKM sambut baik arahan wajib guna pelitup muka, berikut tumpuan sidang media KKM KKM sambut baik arahan wajib guna pelitup muka, berikut tumpuan sidang media KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594804892_Drnoorhisham.jpg)
KKM sambut baik arahan wajib guna pelitup muka, berikut tumpuan sidang media KKM
Ini antara inti pati sidang media KKM yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham pada Khamis.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594735361_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ikuti berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Julai 2020.
![Malaysia masih catat peningkatan dua digit, 21 kes baharu positif COVID-19 Malaysia masih catat peningkatan dua digit, 21 kes baharu positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594986615_NoorHishamCOVID.jpg)
Malaysia masih catat peningkatan dua digit, 21 kes baharu positif COVID-19
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 adalah kes penularan dalam negara.