Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendesak polis menyiasat Datuk A.Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan kerana mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah.
Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun itu turut mendakwa Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri itu menggambarkan Sultan Kedah seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalah guna kedudukan baginda.
Jelas Johari, A.Kadir sepatutnya tampil membawa bukti ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Majlis Raja-Raja untuk siasatan dijalankan terhadap seseorang sultan.
“Ini yang membahayakan, saya tidak menyatakan secara total menyokong apa yang dikatakan rakyat terbanyak.
“Maksud saya, jika anda ada masalah dengan seseorang Sultan atau Raja dan anda mempunyai bukti, pergi ke SPRM ataupun Majlis Raja-raja, yang mana lembaga siasatan boleh ditubuhkan.
“Anda sepatutnya begitu, tetapi menyebarkan kata-kata insinuasi sebegini dan memberi gambar yang seolah-olah sultan saya seorang yang berniaga dan mengambil kesempatan terhadap kedudukannya,” ujar Johari pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Tokoh Wartawan Negara itu di blognya bertajuk ‘Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja’.
Sebelum ini A Kadir turut mencetuskan kontroversi berhubung artikel tulisannya yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Menurut Johari antara ungkapan dalam tulisan A.Kadir yang mengandungi unsur penghinaan ialah 'ia tidak kata, berpanjangan usia di bilik lembaga dan pelihara konglomerat niaga baginda.
"Ayat seterusnya ialah 'ia tidak kata, raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.
"Tuanku Sultan Sallehuddin seorang yang disayangi rakyat, baginda lemah lembut tetapi tegas, bekas Pegawai Regimen Askar Melayu diRaja, pernah memikul senjata berjuang menentang komunis di hutan malah pernah menjadi pegawai pemerintah semasa konfrantasi dengan Indonesia," katanya.
Dalam pada itu, Johari berkata laporan polis terhadap A.Kadir akan dibuat dan beliau meminta tindakan tegas diambil terhadap sesiapa sahaja yang menghina institusi diraja negara.
A.Kadir ketika dihubungi Astro AWANI hari ini berkata, untuk memahami sama ada penulisan beliau berunsur hasutan atau tidak, beliau mempelawa membaca blognya di otherthotsblog.blogspot.com.
"To understand what I said, whether it is seditious or not ... read my blog," jawab A.Kadir secara ringkas.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 01 2018
Menurut Johari antara ungkapan dalam tulisan A.Kadir yang mengandungi unsur penghinaan ialah 'ia tidak kata, berpanjangan usia di bilik lembaga dan pelihara konglomerat niaga baginda. - Gambar fail/BERNAMA
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.