SEKITAR 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) susulan penularan wabak COVID-19.

Malah, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, turut menyatakan sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda reaksi orang ramai berhubung apa yang dinyatakan oleh laporan ini.


Kata pengguna laman Facebook, Mohd Salim NY, dia terpaksa tutup kedai makan miliknya kerana ketiadaan pelanggan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan.

Dia juga berkata bahawa dia kehilangan punca pendapatan kerana menanggung kerugian yang besar.

Ada peniaga kedai makan yang turut terkesan dengan krisis COVID-19


Begitu juga Ewan Apache yang mengakui bahawa dia kini berdepan dengan bebanan hutang yang semakin bertambah.

Ada yang merungut kerana bebanan hutang semakin bertambah

Kata Jo Jusoh, pendapatannya berkurangan sehinggakan tidak mampu membayar sewa rumah selain masalah motosikalnya yang rosak mengeruhkan lagi keadaannya.

Jo Jusoh berdepan kesulitan untuk membayar sewa rumah

Selain itu, Adam Izham pula berdepan dengan masalah kos sara hidup seperti sewa rumah selepas kehilangan kerjanya.

Adam Izham berdepan dengan situasi kehilangan kerja


Kata Ahmad Syafiq pula, dia kini sudah dua bulan tidak bekerja.

Begitu juga Ahmad Syafiq yangsudah 2 bulan tidak bekerja


Malah, gerarde john yang bekerja sebagai pemandu e-Hailing juga turut terkesan kerana pendapatannya turun mendadak selepas kerajaan melaksanakan PKP.

Ada yang berdepan dengan kehilangan sumber pendapatan sebanyak 90 peratus

Manakala di laman YouTube, Azd Sil berkata pemberian i-Sinar 2.0 wajar dilaksanakan semula untuk membantu mereka yang memerlukan..

Antara cadangan yang dikemukakan adalah mewujudkan i-Sinar 2.0 kepada golongan memerlukan