KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang merangka tujuh inisiatif baharu bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, ia termasuk menyediakan platform e-dagang kepada usahawan veteran, smart card ATM, kempen Tabung Pahlawan dan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada anggota ATM yang berkhidmat sewaktu zaman darurat 1969.
"Selain itu Kementerian Pertahanan juga sedang meneliti untuk memberi elaun kewangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia dan saguhati kepada 404 veteran yang mengelar diri mereka sebagai The Last Mohican.
"Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah memohon penilaian semula ke atas kes anomali yang memberi kesan kepada 404 veteran ATM. Kerajaan dalam pertimbangan untuk memberi saguhati dalam menunjukkan prihatin kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai usaha kerajaan dalam membantu veteran ATM di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu menjawab soalan asal mengenai perancangan Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan khususnya dalam pemilikan perumahan mampu milik, Ikmal Hisham memberitahu, pada tahun ini, Kementerian Pertahanan memperuntukkan sejumlah RM2.6 juta dengan sasaran pembinaan sebanyak 28 buah rumah baharu dan baik pulih 72 buah rumah diseluruh negara dengan jumlah pembahagian sama rata setiap negeri.
Pada masa yang sama katanya, sejumlah RM35.7 juta disediakan bagi skim bantuan yang sehingga memanfaatkan 12,377 orang veteran ATM, balu dan tanggungan telahpun menerima manfaat dari skim bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM25.8 juta.
"Sukacita saya memaklumkan bahawa Program SASaR di Sungai Besi sudahpun bermula pada 1 Jun lalu dan dijangka siap pada tahun 2024 dengan anggaran nilai harga rumah antara RM150,000 hingga RM250,000.
"Sebanyak 3,500 unit rumah akan dibina di bawah program ini, dan dari jumlah berkenaan sebanyak 900 unit rumah, iaitu 30 peratus unit rumah) telah diperuntukkan untuk Veteran ATM.
"Sehingga kini, jumlah permohonan yang telah diterima daripada Veteran ATM adalah sebanyak 511 permohonan dan tiada sebarang permohonan yang ditolak," katanya lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Sep 27 2021
Ikmal Hisham berkata, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah memohon penilaian semula ke atas kes anomali yang memberi kesan kepada 404 veteran ATM. - Gambar BERNAMA
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.