Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara merujuk Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 ke Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang.
Keputusan itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2), Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat selepas usul tersebut dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Beliau sebelum itu menggulung sesi perbahasan ahli-ahli Parlimen berkenaan usul tersebut.
Sebelum rehat tengah hari tadi, Vui Keong membentangkan bacaan kali kedua RUU tersebut yang mencetuskan bantahan terutama Ahli Parlimen daripada blok pembangkang.

Rata-rata mereka yang membantah berpandangan bahawa tiada keperluan urusan perbahasan dijalankan selepas bacaan kali kedua RUU itu.
Antara yang membantah termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera); Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang); Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau).
Malah, mereka juga mahu perkara itu dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dibahaskan di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun sidang Dewan Rakyat yang bersambung selepas itu menyaksikan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming memberi jaminan tidak akan ada undian bagi RUU terbabit.
Sebaliknya, beliau memberitahu menteri berkaitan akan mengusulkan supaya ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 07 2019
Datuk Liew Vui Keong bergambar bersama ahli majlis yang terlibat dalam sesi Penerangan dan Pembincangan RUU Suruhanjaya Bebas IPCMC 2019 di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang hari ini. - Foto BERNAMA
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat
Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK).
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G
Sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi broadband (4G) atau satelit dengan limitasi capaian kelajuan sehingga 30 Mbps.
LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan
Ketua Audit Negara mengemukakan 64 syor audit untuk dilaksanakan oleh kementerian, jabatan, agensi, serta syarikat kerajaan yang diaudit.
Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu akan dibangkitkan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.