KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) bertujuan untuk memperincikan kesalahan menghendap serta jenis hukuman yang boleh dikenakan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor ketika mengumumkan perkara itu berkata, lebih suara bersetuju untuk bacaan kali ketiga dan diluluskan.
Mengikut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen sebelum ini, kesalahan menghendap itu merangkumi perbuatan mengekori; berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara; berlegar-legar di kediaman atau tempat kerja seseorang; dan memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika membentangkan RUU itu berkata, individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut pindaan terhadap Kanun Keseksaan itu, kesalahan menghendap dimasukkan kedalam peruntukkan berkenaan melalui Seksyen 507A.
Terdapat empat fasal di bawah pindaan itu iaitu yang merangkumi definisi perbuatan menghendap, dan jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap tertuduh jika sabit kesalahan.
Turut diluluskan RUU berkaitan menghendap ialah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2022.
Menurut naskhah biru, Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan Bab baharu XA ke dalam Akta 593 untuk memberi Mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat bagi atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507A Kanun Keseksaan.
Dan yang terakhir Fasal 3 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam Kanun Keseksaan.
Firdaus Azil
Mon Oct 03 2022
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) bertujuan untuk memperincikan kesalahan menghendap serta jenis hukuman yang boleh dikenakan. - Gambar fail BERNAMA
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Rang undang-undang berkaitan kesalahan menghendap dibentang di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Dewan Rakyat lulus RUU berkaitan kesalahan menghendap
Perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.