KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan wujud 'naungan politik' yang melindungi pengendali-pengendali platform perjudian atas talian di negara ini.
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata 'naungan politik' tersebut disifatkan menjadi kekangan terbesar buat kerajaan, kementerian dan polis dalam membanteras aktiviti berkenaan.
"Satu dunia dengan ledakan teknologi baharu ini berdepan dengan perkara itu, tidak kiralah Amerika ke Eropah. Untuk saya berdiri di sini (Dewan Rakyat) mengatakan Malaysia ini, aktiviti perjudian dalam talian haram (bebas) daripada naungan politik, orang akan ketawakan kita.
"Ya memang wujud elemen naungan politik ke atas players (pemain-pemain). Secara afirmatif, ada.
"Dari situlah (naungan politik) datang pengaruh dan pelindungan, dari situlah datang rasuah, dan dari situlah wujudnya tipis kemahuan politik untuk mengadakan dan membaharui tekad untuk memerangi perkara ini habis-habisan.
"Pusingan dia adalah 'players' dinaungi dan dia membalas (memberi faedah kepada) dia punya 'political master' (tuan politik). Political masters melindungi dia supaya tindakan tidak diambil. Contohnya, maklumat dibocorkan," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Saifuddin berkata demikian menjawab soalan tambahan Ramanan Ramakrishnan (PH-Sungai Buloh) yang bertanyakan apakah yang menyukarkan pihak polis mengekang aktiviti perjudian dalam talian, dan adakah wujud naungan politik.
Jelas beliau, polis begitu memahami 'corak' yang wujud itu dan ia memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.
Ia termasuk katanya, bantuan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu polis mengesan data-data termasuk transaksi kewangan, jenis bayaran, jumlah transaksi atau sumber dana.
"Peringkat pasukan polis radar yang kita kesan, dengan semua data yang saya sebutkan tadi. Ya, ini memang memerlukan perhatian berat.
"Bahkan kita akan semak balik. Apakah wujud kelulusan-kelulusan baharu atau lesen-lesen baharu ataupun wujud atau tidak naungan-naungan ini yang membabitkan orang politik tertentu," tambahnya.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 15 2023
Saifuddin berkata 'naungan politik' tersebut disifatkan menjadi kekangan terbesar buat kerajaan, kementerian dan polis dalam membanteras aktiviti berkenaan - Foto fail/Japen
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran
Bank Negara Malaysia menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat.
Pengukuhan ringgit pada suku tahun ketiga didorong faktor dalaman, luaran
Antara pendorong utama pengukuhan ringgit ialah prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan reformasi struktur oleh kerajaan.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
Individu rugi lebih RM1.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang individu di Gombak kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.