Melahirkan anak dalam bot.
Itu risiko yang tidak dapat dielakkan bagi penduduk Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling kerana hospital terdekat ialah di Jerantut, Pahang dengan perjalanan hampir sehari membabitkan pengangkutan air dan darat.
Situasi getir itu juga yang dihadapi seorang wanita, Aminah Abdul Rahman, 46, ketika berdepan saat-saat mencemaskan kerana terpaksa melahirkan anaknya dalam bot semasa dibawa ke hospital.
Kini, setiap kali Aminah melihat anaknya membesar di depan mata, hatinya berasa sayu.
Ini kerana, ia membawanya mengimbau kembali tarikh 3 Jun 2013, ketika melahirkan anak keempatnya itu dalam keadaan yang cukup mencabar.
"Mula-mula saya mula sakit dalam 8 lebih malam. Selepas itu saya hubungi Klinik Desa Mat Daling dan mereka membawa saya ke klinik berkenaan. Tetapi waktu itu tidak boleh turun melalui sungai sebab sudah malam.
"Kalau siang, orang boleh bawa. Jadi saya duduk di klinik dulu, esok jam 7.30 pagi saya terus gerak ke Jerantut melalui bot," katanya.
Perjalanan dari Klinik Desa Mat Daling ke Kuala Tahan melalui bot mengambil masa kira-kira lima jam bergantung kepada paras sungai.
Dari Kuala Tahan ke Jerantut pula mengambil masa kira-kira 45 minit hingga sejam melalui jalan darat.
"Semasa di klinik, bukaan rahim sudah 3 cm. Apabila sampai ke jeti Kampung Bantal, sudah buka 4 cm. Doktor ketika itu terpaksa membuat keputusan sama ada hendak bawa turun ke Jerantut. Namun disebabkan takut mungkin berlaku komplikasi, jadi beliau membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke hospital."
"Sepanjang perjalanan, saya dalam kesakitan. Saya sudah anak keempat sudah tahu macam mana rasanya nak bersalin dan bila bayi itu hendak keluar. Saya beritahu jururawat "Saya sudah nak meneran, bayi sudah mahu keluar." Dia kata "Kak, sabar dulu, kalau boleh sampai Klinik Kuala Tahan," dia cakap.
"Saya kata "Mana boleh? Saya sudah tidak tahan dah." Apabila menghampiri Kampung Pagi, saya sudah bersedia untuk meneran bayi. Dengan segala tenaga yang tinggal, disebabkan malam sebelum itu tidak makan, air pun tidak minum, doktor hanya basahkan bibir sahaja, saya teran-teran dan akhirnya lepas," katanya.
Beliau bersyukur, dengan bantuan doktor serta jururawat yang mengiringinya, anaknya itu selamat dilahirkan di dalam bot.
Lebih terharu kata Aminah, apabila semua orang kampung yang mendengar mengenai insiden kelahiran dalam bot itu, turun untuk membantu.
"Apabila sampai Taman Negara itu semua orang yang duduk dekat restoran terapung tanya "Siapa yang sakit? Siapa yang sakit?" Mereka semua datang nak tolong masuk atas 'stretcher' dan ke dalam ambulans. Ada yang bertanya "Ala kesiannya bersalin dalam bot. Mana bayi dan maknya?" Semua orang tertanya-tanya.
"Masa itu lah saya berlinang air mata sebab terharu ada yang prihatin pada kami. Ketika itu, saya pegang anak saya kuat-kuat dan terus menangis sebab ada orang yang sudi menolong masa itu," katanya.
Namun akibat kesulitan sewaktu bersalin, ia turut mendatangkan komplikasi kepada anaknya.
"Ketika dilahirkan, bayi saya pula lemas. Sudah jadi lebam. Biasanya, bayi apabila dilahirkan akan menangis tetapi anak saya tidak menangis. Apabila diperiksa dan jururawat korek mulut dia, didapati ada najis. Bayi saya sudah tertelan najis ketika dalam kandungan. Jadi doktor terus membawanya ke hospital Jerantut dan anak saya dimasukkan ke hospital selama dua hari," katanya.
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Aminah sering menasihatkan penduduk lain agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
"Kalau sudah sampai waktu bersalin, jangan tinggl di sini (kampung). Turun ke Jerantut awal-awal. Saya tidak mahu terjadi seperti saya. Sampai sekarang saya tidak akan lupa pengalaman ini. Saya masih ingat, selagi anak saya membesar depan mata, saya akan ingat. Sakit dia, Tuhan saja yang tahu, katanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Ini adalah siri keempat laporan khas "Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling."
**Ikuti siri terakhir laporan ini mengenai kesan sungai cetek kepada pengusaha sangkar ikan.
Tan Su Lin
Wed Apr 13 2016
Aminah mengimbau kembali tarikh 3 Jun 2013, ketika melahirkan anak keempatnya dalam keadaan yang cukup mencabar.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Detik cemas lahir anak dalam bot
Aminah mengimbau kembali tarikh 3 Jun 2013, ketika melahirkan anak keempatnya dalam keadaan yang cukup mencabar.