UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Desaru Fruit Farm rugi RM600,000 akibat banjir

Destinasi agropelancongan terkenal Desaru Fruit Farm, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas 90 peratus daripada 35 hektar kebunnya ditenggelami air akibat banjir.

Bernama
Thu Jan 26 2023
Desaru Fruit Farm rugi RM600,000 akibat banjir
Pengarah Desaru Fruit Farm, Alice Tong Ah Chin menunjukkan tanaman jambu air yang didapati rosak akibat ditenggelami air berikutan hujan sebat yang berterusan bermula Selasa lalu, di Desaru Fruit Farm hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Destinasi agropelancongan terkenal Desaru Fruit Farm, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas 90 peratus daripada 35 hektar kebunnya ditenggelami air akibat banjir.

Pengarah Desaru Fruit Farm Alice Tong Ah Chin berkata jambu air, pisang, bidara dan limau bali adalah antara tanaman buah-buahan yang rosak teruk apabila kebunnya ditenggelami air lebih dua meter, Selasa lepas.

"Kerosakan bukan hanya kepada pokok dan buah-buahan, tetapi juga infrastruktur kita yang lain, termasuk galeri pertanian, yang turut dimasuki air.

"Kita mempunyai lebih 100 jenis tanaman dan pokok buah-buahan, walau kerap dilanda banjir, kali ini antara banjir yang paling teruk," katanya ketika ditemui pemberita di Desaru Fruit Farm, di sini, hari ini.

IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI!

Beliau berkata jambatan di laluan masuk ke Desaru Fruit Farm juga ditenggelami air sehingga paras pinggang yang menyebabkan tebing runtuh.

Tong berkata disebabkan banjir dan kerosakan yang dialami, pihaknya juga terpaksa membatalkan tempahan pelanggan-pelanggan yang ingin melakukan aktiviti di kebun itu.

Beliau berkata pihaknya juga mengeluarkan modal sendiri dengan menyewa jentolak untuk membesarkan Sungai Cemaran berdekatan kebun Desaru Fruit Farm, bagi membolehkan air kembali surut.

Justeru, beliau juga berharap pihak berkaitan dapat membantu memandangkan Desaru Fruit Farm yang merupakan antara destinasi agropelancongan terkenal sejak 2003, menerima kira-kira 500,000 pengunjung setiap tahun.

"Pelancong kita bukan sahaja dari Singapura, tetapi juga China, Turkiye, Brunei, India dan Korea Selatan.

"Jadi saya harap ada mana-mana jabatan dapat membantu, antaranya untuk membesarkan Sungai Cemaran sebab kawasan ini ialah tarikan pelancongan," katanya.

Setakat 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir di tujuh daerah di negeri ini mulai menurun kepada 5,427 orang.

-- BERNAMA
#banjir#Desaru Fruit Farm#ditenggelami air#kebun
Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park

Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.
Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua

Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.
ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena

Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.
Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM

Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.
RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang

Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.
Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican

Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025

Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa

Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.
Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran

Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini

Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.
Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS

Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.
PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir

Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.
Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS

Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang

Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun

Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.
Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini

Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.