SEREMBAN: Penderitaan yang dihadapi Norentan Mohamad, 42, yang kini hanya mampu terbaring di rumah akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang mendapat perhatian pelbagai pihak.
Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan permasalahan dihadapi Norentan yang terpaksa bergantung harap sepenuhnya dengan suami Mizman Ngadinan, 50, yang kini yang dalam proses pemulihan daripada COVID-19.
Apa yang menjadi kerisauan suami Norentan apabila kos pembedahan membuat 'fistula' atau tapak hemodialisis yang dianggarkan antara RM3,000 sehingga RM10,000.
Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang dengan pelbagai agensi bekerjasama membantu Norentan.
"Di bawah Pusat Khidmat DUN saya (Bukit Kepayang), akan membiayai kos membuat tapak rawatan hemodialisis Norentan.
"Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula bersetuju membiayai rawatan hemodialisis dalam tempoh enam bulan sebelum disambung Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk bulan seterusnya.
"Selain itu Perkeso memberi bantuan lampin pakai buang selagi Norentan perlukan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula akan memberikan bantuan RM500 sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi keluarga Norentan di rumahnya di Taman Arowana, Seremban 2, di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Mizman berkata, dia tidak menyangka akan menerima perhatian dan bantuan seumpama itu selepas kisahnya dilaporkan Sinar Harian.
"Saya sangat bersyukur dan bantuan ini sangat besar maknanya bagi kami sekeluarga. Terima kasih diucapkan kepada Sinar Harian, Perkeso, JKM, Baitulmal dan YB Nicole," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 10 2021
Nicole Tan Lee Koon (berdiri dua dari kanan) melihat wakil MAINS menyerahkan sumbangan kepada Mizman (berdiri kanan). Turut kelihatan Norentan (terbaring) dan Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alia. -Foto Sinar Harian
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Derita Norentan dapat perhatian pelbagai pihak
Apa yang menjadi kerisauan suami Norentan apabila kos pembedahan membuat 'fistula' atau tapak hemodialisis yang dianggarkan antara RM3,000 sehingga RM10,000.