KUALA LUMPUR: Seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia, di sebuah rumah di Batu Caves di sini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata penahanan suspek berusia 35 tahun pada Khamis lepas dilakukan selepas mangsa berjaya melarikan diri daripada rumah majikannya itu dan membuat laporan polis pada 5 petang, sehari sebelum itu.
Beliau berkata pembantu rumah berusia 46 tahun itu mendakwa didera secara fizikal oleh majikannya yang merupakan pasangan suami isteri.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah bekerja dengan pasangan tersebut mulai Oktober 2019 serta sering dipukul sejak itu.
"Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut oleh pegawai perubatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Zainal Mohamed berkata suspek berusia 35 tahun itu ditahan reman sehingga Isnin ini.
"Pihak polis sedang melengkapkan siasatan bagi kes ini dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Imigresen bagi memastikan siasatan lengkap dari pelbagai sudut bagi tujuan pendakwaan ke atas suspek," katanya.
Beliau berkata sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Reezal Mohammad @ Mohd Zain di talian 03-6126 2222 atau 013-3479809.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

Pembantu rumah berusia 46 tahun itu mendakwa didera secara fizikal oleh majikannya yang merupakan pasangan suami isteri. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pengurus butik kecantikan dipenjara 5 tahun eksploitasi amah Indonesia
Mangsa yang bekerja sebagai amah telah dieksploitasi oleh majikannya, menggunakan kekerasan dan mengugutnya untuk melakukan kerja.

Dera amah: Polis tahan wanita tempatan
Seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia, di sebuah rumah di Batu Caves di sini.

Amah ditikam gunting, dipatahkan jari kelingking oleh majikan dari Singapura
Sepasang suami isteri dari Singapura dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia secara kejam pada Khamis.

Suspek dera amah tiba di mahkamah
Suspek wanita berusia 60 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jasad Adelina Lisao dijangka dihantar pulang malam ini
Naib Konsul Ganeral Indonesia di Pulau Pinang, Osrinikita Zubhana berkata proses dokumentasi sedang dijalankan selepas mendapat kelulusan polis.

Polis buka dua kertas siasatan kes dera amah
Polis membuka dua kertas siasatan susulan penahanan dua beranak yang didakwa mendera tiga pembantu rumah warga Indonesia.