IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM30,000 ke atas sebuah restoran kerana mempamerkan bunting yang mempunyai ungkapan 'Ramadan Special' tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Kes ini adalah susulan daripada Op Halal yang dijalankan sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Ramadan lalu.
Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, dari hasil siasatan lanjut, JAIPk mengesahkan premis berkenaan bukan pemegang sijil halal.
Sehubungan itu, katanya, tindakan telah diambil kerana didapati telah membekal atau menawar untuk membekalkan makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdaya atau mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.
“Dengan itu ia menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan(Takrif Halal) 2011 dan boleh dihukum di bawah Subperenggan 5(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, jika sabit kesalahan di bawah perintah itu, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM5 juta.
Katanya, tertuduh yang tidak diwakili peguam telah mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Sehubungan itu, Saifullizan menggesa pengusaha restoran atau syarikat supaya berhati-hati dalam menggunakan perbahasan halal.
Katanya, mereka perlu memastikan setiap makanan atau barang keluaran hanya menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal yang mendapat perakuan daripada pihak berwibawa.
“KPDNHEP menasihati para peniaga agar memohon sijil halal yang sah apabila berurus niaga menggunakan perbahasan/penandaan halal,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 20 2022

Pastikan setiap makanan atau barang keluaran hanya menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal yang mendapat perakuan daripada pihak berwibawa. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.

Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.

Restoran tular di Teluk Intan tiada sijil halal - JAIPk
Hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Hukum makan 'sup torpedo' yang wajib diketahui
BAGI penggemar daging, sup torpedo pasti tidak kedengaran asing lagi kepada mereka. Ia antara makanan yang mendapat permintaan ramai.

'Saya penat, berserah kepada Allah SWT' - Peniaga nasi ayam claypot
Ahmad Muzakin berkata, sejak isu itu tular, perniagaan berjalan seperti biasa, namun berdepan sedikit masalah susulan kekurangan staf.

KPDNHEP siasat isu nasi ayam tiada sijil halal
Siasatan terperinci dijalankan dengan kerjasama Jakim dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.

Denda RM30,000 kerana ungkapan 'Ramadhan Special'
Pastikan makanan atau barang keluaran hanya menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal yang mendapat perakuan pihak berwibawa.

Cadangan tubuh pasukan pantau status halal rumah sembelihan luar negara sukar dilaksana - Idris
Cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau terdiri daripada imam atau pelajar di luar negara bagi memantau operasi rumah sembelihan berstatus halal di luar negara sukar dilaksanakan.

Imbas QR Code pada aplikasi SmartHalal untuk status halal produk
Status halal sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran kini boleh diperoleh dengan cepat dan mudah dengan hanya mengimbas QR Code pada aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Label 'halal' sekadar muslihat? YouTuber Korea dedah kisah di Myeong-dong Street
Ada beberapa kedai yang menampilkan logo halal namun sebenarnya peniaga tersebut tidak yakin dengan status halal tersebut.