Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa akibat kecuaian, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selain mahu pemegang pasport lebih berhati-hati, cadangan itu juga bertujuan mengekang penyalahgunaan pasport oleh pihak lain memandangkan pasport Malaysia 'sangat dikehendaki' dalam kalangan penjenayah dan 'foreign fighters' kerana boleh memasuki kira-kira 160 negara tanpa visa, katanya.
"Inilah yang kita mahu perketatkan (kenakan denda) agar pasport yang hilang itu tidak digunakan pihak lain," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alan Bersin, di pejabatnya di sini, Selasa.
Ahmad Zahid berkata cadangan mengenakan denda itu akan diteliti mengikut Akta Fi 1951 dan akan dibentangkan di Parlimen sekiranya memerlukan pindaan.
"Namun jika ada klausa tertentu yang membolehkan ia dilakukan secara pentadbiran, kita akan lakukan secara pentadbiran tanpa dibawa ke Parlimen," katanya.
Ahmad Zahid berkata pemegang pasport Malaysia diwajibkan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam bagi kehilangan pasport susulan persetujuan operasi yang dicapai Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Beliau berkata prosedur itu adalah antara perkara yang perlu dipatuhi untuk membolehkan Malaysia menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat (VWP).
"Kami semakin hampir mendapatkan VWP. Kami menyasarkan 18 bulan dari lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (ke Malaysia pada April lepas). Kami sedang berusaha," katanya.
Setakat ini, 37 negara telah menyertai VWP termasuk Singapura dan Brunei. Program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.
Ahmad Zahid mengakui Malaysia berdepan 'tekanan' memenuhi kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan di bawah VWP, termasuk memberi peluang pekerjaan, menyediakan tempat perlindungan dan mengizinkan mangsa pemerdagangan orang bergerak bebas dan bergaul.
"Agak sukar untuk kita memenuhi sepenuhnya kerana undang-undang imigresen (Malaysia dan Amerika Syarikat) berbeza," katanya.
Ahmad Zahid berkata Malaysia juga perlu mencatatkan kadar penolakan visa kepada tiga peratus untuk membolehkan Malaysia menyertai VWP.
"Walaupun 'visa refusal rate' (kadar penolakan visa) Malaysia telah mencatatkan penurunan daripada 10 peratus kepada 4.7 peratus, berbanding sasaran tiga peratus, ini merupakan usaha yang perlu kita lakukan dalam tempoh terdekat," katanya.
Bernama
Tue Dec 09 2014
Pasport Malaysia 'sangat dikehendaki' dalam kalangan penjenayah dan 'foreign fighters' kerana boleh memasuki kira-kira 160 negara tanpa visa.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Mahkamah denda penyanyi pop Jerman kerana buat tabik Hitler
Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas.
Rasuah pegawai DBKL: Enam termasuk seorang warga asing didenda
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Pemuzik jalanan ajar isteri tentang Millah Abraham dihukum penjara sebulan, denda RM2,000
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.