SEREMBAN: Seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.
Hakim Ruzita Ramli membuat keputusan itu selepas Norasid Md Said, 50, mengaku mengajar ajaran yang berlawanan hukum syarak kepada isterinya dengan menyatakan bahawa "selepas kewafatan Nabi Muhammad akan muncul rasul baharu."
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 260, Felda Palong 3 antara 10 dan 11 malam dari 1 hingga 30 Sept lepas mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Abdul Wafi Ramli, Mohd Hafiz Mohd lazim dan Mohd Amil Yahya manakala Norasid tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Abdul Wafi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira perbuatan itu memudaratkan akidah penganut Islam.
Norasid, yang mempunyai tiga anak, memohon hukuman ringan atas alasan dia adalah penghidap HIV dan bekerja sendiri serta melakukan kerja-kerja lain dengan pendapatan kurang daripada RM1,200 sebulan.
Bagaimanapun, dia minta dibicarakan atas dua lagi pertuduhan iaitu mengajar isterinya berkaitan lafaz syahadah yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu "aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Tuan semesta alam dan Rasul Mesiah adalah Pesuruh Tuan sekalian alam" di lokasi dan masa sama antara 1 hingga 30 Jun 2023.
Dia juga didakwa mengajar isterinya bahawa "solat itu syirik kerana kita melakukan perbuatan sujud seperti menyembah sesuatu objek" di lokasi dan masa sama antara 1 hingga 31 Ogos 2023.
Pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin berserta syarat perlu melapor diri di pejabat penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dua minggu sekali.
Ruzita membenarkan Norasid diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat penguat kuasa JHEAINS dua minggu sekali dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas. - Bernama
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh
Semua bentuk hiburan termasuk kelab malam dan perlawanan bola sepak utama telah dibatalkan semasa negara itu berkabung.
Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu
Golongan busker atau pemuzik jalanan turut menerima berita gembira apabila dibenarkan menjalankan aktiviti mulai 10 Jun ini.