Ketika kebih banyak sektor perniagaan kini dibuka secara berperingkat seperti diumumkan kerajaan, tidak terkecuali golongan busker atau pemuzik jalanan yang turut menerima berita gembira apabila dibenarkan menjalankan aktiviti mulai 10 Jun ini.
Bagi pemuzik jalanan sepenuh masa Muhammad Khairil Hafizi Mustafa Al Bakri, 30, atau lebih dikenali dengan nama panggilannya "Kuku", meskipun berdepan saat sukar apabila hilang pendapatan sejak 18 Mac lalu, beliau bersyukur apabila punca rezekinya sejak lima tahun lalu akan dibenarkan semula.
"Saya rasa bersyukur sangat dapat berpeluang teruskan kerjaya dan cari rezeki sebagai pemain muzik sepenuh masa di kedai makan dan kafe walaupun kebarangkalian (sambutan) pelanggan tidak seperti dulu.
"Tetapi apa yang penting, kita tawakal.
"Harapan saya kepada rakyat Malaysia agar terus ikuti arahan ditetapkan oleh kerajaan bagi tangani pandemik COVID-19 ini," katanya.
Mengulas mengenai normal baharu, ujar Muhammad Khairil, dia akan meneruskan aktiviti busking secara langsung dalam talian bagi mendapat pendapatan lebih.
"Busking di kafe dan kedai makan saya akan jalankan seperti biasa, cuma dengan penjarakan sosial dan normal baharu itu diterapkan.
"Pada masa sama, saya akan teruskan bermain muzik secara langsung di platform media sosial seperti mana yang dilakukan sejak tiga bulan lalu," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Fareez Azman
Mon Jun 08 2020
Golongan busker juga dapat menarik nafas lega apabila mereka dibenarkan kembali menjalankan aktiviti bermula 10 Jun. - Gambar hiasan
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu
Golongan busker atau pemuzik jalanan turut menerima berita gembira apabila dibenarkan menjalankan aktiviti mulai 10 Jun ini.
Dari Dendam Aurora ke Syurga Yang Kedua, Astro Prima janji terus saji drama terbaik
Selepas drama Dendam Aurora melabuhkan tirai, Astro Prima meneruskan sajian drama hebat dengan adaptasi sinetron, Syurga Yang Kedua lakonan Zaul Husin, Fasha Sandha dan Siti Elizad.