KENINGAU: Berjauhan daripada keluarga tersayang ketika Aidilfitri pedih untuk ditempuhi, namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan anggota Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD).
Meskipun menanggung rindu, anggota 26 RAMD bawah pemerintahan Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen) yang ditemui di Markas Taktikal Keningau di sini lebih mengutamakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara di sempadan Malaysia-Indonesia.
"Bersama keluarga di Aidilfitri dan di perbatasan suasana berbeza, dengan pakaian pun berbeza juga. Tetapi kita raikan dan boleh juga menghubungi keluarga ketika sambutan ini, jadi terubat hati.
"Apapun ini sesuatu yang saya lakukan bagi mendukung tanggungjawab menjaga keselamatan negara," kata Pegawai Pemerintah 26 RAMD, Lt Kol Mohd Fuad Md Ghazali.
Anak jati Bagan Datuk, Perak itu berkata selama 30 tahun bertugas, beliau pernah beberapa kali menyambut Aidilfitri di kem tentera, namun ini kali pertama beraya di perbatasan sebagai barisan hadapan.
Pasukan 26 RAMD sedang melaksanakan Op Balasah sejak tiga bulan lepas di sempadan melibatkan 12 pos kawalan antaranya di Serudong dan Long Pasia dengan pusat operasi di Markas Taktikal Keningau, bagi mengekang anasir buruk termasuk jenayah rentas sempadan.
Kapten (Dr) Nur Alia Syuhada Zakaria yang kali pertama meraikan 1 Syawal di perbatasan berkata, persahabatan erat dijalin bersama anggota pasukan itu dari Kem Kukusan, Tawau, yang majoritinya lelaki, menjadikan suasana perayaan meriah dan mesra.
"Wanita, lelaki kita sama-sama susah senang sebagai satu pasukan. Seronok di sini tetapi sudah tentu ada sedih juga kerana ibu bapa saya jauh di Kelantan.
"Ibu bapa reda dengan tanggungjawab saya laksanakan di sini dan berpesan supaya jaga diri baik-baik," katanya berasal dari Kota Bharu dan baru empat tahun bergelar soldadu.
Katanya, ketupat daun palas berinti daging merupakan juadah yang dirinduinya kerana amat sukar ditemukan di Sabah.
Pegawai Waran I Ismail Mohamad berkata, walaupun di perbatasan, beliau bersama anggotanya tetap menghias markas serta memasak hidangan seperti ketupat, rendang dan lemang.
"Ibu jauh di Kedah, bila telefon beritahu sedih anak jauh di Sabah tetapi faham tanggungjawab saya di sini, anak isteri saya pun di Tawau (Kem Kukusan) tidak bersama ketika sambutan ini, tetapi anggota 26 RAMD bagaikan adik-beradik, kita sambutnya bersama," katanya sambil menambah ini pengalaman sulungnya menyambut lebaran di sempadan.
Beliau yang berasal dari Baling dan telah berkhidmat selama 22 tahun, berpesan supaya rakyat menghargai pengorbanan anggota tentera dengan memelihara keharmonian penduduk berbilang latar belakang.
Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, sambutan Aidilfitri diadakan bagi menaikkan semangat anggota 26 RAMD dan beliau turun padang bagi melihat sendiri persiapan.
Mengharungi 42 tahun perit getir sebagai askar termasuk bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, beliau amat memahami perasaan anak buahnya.
"Dahulu sambut Aidilfitri di perbatasan lebih mencabar kerana tiada kemudahan komunikasi dengan keluarga seperti sekarang.
"Kad raya menjadi pengubat rindu dan kami semua tunggu bila ada hantar bekalan sampailah kad itu. Lagu raya pun tiada ketika itu kerana radio dulu tidak macam sekarang," ceritanya mengimbau kenangan.
Namun, tegasnya, biarpun zaman beredar, apa yang tidak berubah ialah semangat perajurit negara yang tidak pernah pudar.
"Biarpun sambut Aidilfitri di perbatasan kami sanggup, demi mempertahankan negara yang kami cintai!" katanya sekali gus mencerminkan semangat 'Nerang Separang' yang menjadi cogan kata divisyen itu, bermaksud 'tangkas menggempur' dalam bahasa Bajau. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024

Malek Razak (kanan) menggaul dodol ketika melawat anggota Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) bawah pemerintahan 5 Devisyen melakukan persiapan sambutan Aidilfitri di Markas Taktikal Keningau, baru-baru ini. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.