Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini kesal dengan apa yang berlaku membabitkan isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).
Jelasnya, sistem itu telah disalahertikan hingga menimbulkan situasi kurang senang dalam kalangan pemain industri serta rakyat.
Sehubungan itu, menurut beliau, kementeriannya mengambil keputusan membatalkan pelaksanaan IMAMS serta-merta berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira pelbagai aduan dan rungutan selain maklumat yang diperolehi mengenai latar belakang syarikat yang terlibat.
"Pengumuman pertama pembatalan ini telah dilakukan oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Rashidi Hasbullah menerusi Astro Awani pada jam 4 petang tadi selepas kita berbincang sendiri dengan Menteri kira-kira jam 3.30 petang sebelum itu," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Selain itu, Mas Ermieyati yang merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO turut melahirkan kekesalan apabila terdapat segelintir pihak cuba menimbulkan isu mengenai penglibatan individu bukan Islam dalam mengendalikan IMAMS yang diumum beliau semalam.
Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai kementerian sebelum ini bahawa pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat pengendali itu terdiri daripada orang Islam.
"Namun, sebaik sahaja saya mengumumkan pelaksanaan itu semalam, baru kita menerima maklumat dan membuat semakan semula memang betul ada penglibatan seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat pengendali bukan Islam.
"Tetapi COO itu telah meletak jawatan dalam syarikat berkenaan, dan langkah itu tidak mengubah apa-apa kerana keadaan telah 'rosak' selain saya faham ia satu isu yang sangat sensitif," jelasnya.
Sehubungan itu, kata beliau, kementeriannya akan lebih teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum melaksanakan mekanisme serta kaedah baharu bagi menjaga kebajikan selain memastikan setiap jemaah tidak terdedah dengan sebarang unsur penipuan.
Tegasnya lagi, kementerian beliau hanya mencari kaedah dan mekanisme terbaik untuk semua jemaah dan kerajaan tidak mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada jemaah menunaikan ibadah umarah atau haji seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Sebaliknya, ia adalah cukai terhadap pakej insurans dalam IMAMS dan berharap masyarakat memperbetulkan persepsi itu," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang mencari keuntungan dengan menjual visa umrah kepada agensi atau jemaah.
"Lagi satu, saya tidak akan lepaskan sesiapa yang buat hal atau jual visa dan sebagainya selepas ini. Saya bagi peringatan bahawa kementerian mengetahui pihak yang terlibat dalam penjualan visa," katanya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Dec 16 2017
Mas Ermieyati melahirkan kekesalan berhubung isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS). - Gambar Astro AWANI
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan
Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, keputusan itu terpaksa diambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor, selepas menjalani beberapa sesi rawatan.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!
Astro BizOne Watch Party diteruskan, meraikan premis makan minum yang menggunakan perkhidmatan Astro untuk menyiarkan kandungan secara sah, dalam usaha menyebarkan mesej Layan Ori, Jangan Curi!
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.