Spekulasi media baru-baru ini berhubung dengan deklarasi bahawa MH370 telah hilang cuma luahan pendapat peribadi, kata Malaysia Airlines (MAS).
Dalam satu kenyataan di sini malam tadi, syarikat penerbangan itu berkata sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.
"Jaminan yang diberikan kepada kita ialah bahawa operasi pencarian,dan menyelamat akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.
"Apa-apa maklumat mengenai MH370, operasi dan perkara berkaitan pesawat yang hilang hanya akan dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)," kata syarikat penerbangan itu.
Pengarah MAS Airlines, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa MAS sedang menunggu bagi Penerbangan MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.
"Malaysia Airlines berharap kami dapat merungkaikan tragedi ini dan kami menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kami serta kerajaan Australia danChina atas bantuan yang sangat berharga semasa krisis," katanya. Syarikat penerbangan itu turut berkongsi kesedihan dan kesengsaraan anggota keluarga dalam menangani dan melalui situasi ini, "oleh itu kami memberi jaminan kepada mereka bahawa usaha menjejaki pesawat dan mendapatkan rakaman data penerbangan tetap menjadi keutamaan."
"Setiap pihak yang terlibat dalam operasi yang kompleks ini menaruh keazaman yang sama seperti keluarga penumpang untuk mencari jawapan terhadap banyak persoalan.
"Berhubung dengan tahap pampasan yang disediakan selaras dengan Konvensyen Montreal, atau rejim perundangan yang serupa, syarikat penerbangan itu telah menjelaskan bahawa pembayaran ditentukan oleh undang-undang untuk mengambil kira penumpang yang terbukti sahih dan keadaan keluarga dan akan dinilai dengan sewajarnya," kata MAS.
MAS dan syarikat insurans tetap akan memastikan bahawa pampasan yang adil dan munasabah akan dibayar kepada keluarga semua penumpang MH370 selaras dengan undang-undang apabila anggota keluarga bersedia untuk membincangkan isu itu.
"Kami mengulangi bahawa syarikat penerbangan akan mematuhi komitmen yang telah kami buat, kesejahteraan ahli-ahli keluarga sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami akan terus berkomunikasi mengenai maklumat terkini apabila kami memperolehnya," kata MAS Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 14 anak kapal. Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika berada di ruang udara antara Malaysia dan Viernam pada 1.20 pagi.
Pesawat Boeing 777 itu kemudian berpatah balik ke arah Selat Melaka dan dipercayai penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Bernama
Mon Nov 10 2014
Syarikat penerbangan itu berkata sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita
Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada S