Warga emas dan mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan dua golongan harus diberikan perhatian oleh semua pihak bagi memastikan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 berakhir dengan kejayaan.
Masyarakat perlu membantu petugas di barisan hadapan diketuai "Jeneral Perang" - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam mengurangkan risiko warga emas terdedah dengan pandemik COVID-19.
Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan kebolehpulihan dan prognosis bagi sembuh jangkitan COVID-19 adalah lebih baik sekiranya rawatan dimulakan awal, justeru amat penting bagi kumpulan warga emas untuk mendapatkan rawatan segera walaupun hanya mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
Kita perlu menimbulkan rasa tanggungjawab ahli keluarga, misalnya, anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas supaya memastikan golongan itu mendapatkan rawatan segera jika tidak sihat, bekalan ubatan mencukupi dan patuhi janji temu rawatan.
Mana tidaknya, statistik kes kematian COVID-19 yang direkod setakat ini menunjukkan 62.6 peratus daripada kes kematian adalah individu berumur 60 tahun ke atas dan golongan itu berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik.
Golongan kedua yang harus didekati pula adalah mereka yang masih ingkar dengan PKP hingga berduyun-duyun memenuhi segenap ruang jalan raya di beberapa tempat utama di negara ini.
Justeru, netizen selaku hulubalang di alam media sosial perlu menggembleng tenaga memenuhkan ruang Whatsapp, Facebook, Twitter dan Telegram berkaitan impak mengingkari PKP kepada sesetengah pihak yang masih lagi berdegil.
Semalam, pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati banyak kenderaan di jalan raya terutamanya kenderaan perkhidmatan bukan penting yang mengambil kesempatan memulakan operasi perniagaan walaupun belum mendapat kelulusan beroperasi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan semua industri perlu memohon kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan tidak dibenarkan beroperasi tanpa kelulusan MITI.
Justeru, kenapa perlu berada di jalan raya jika belum mendapat kebenaran?
Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, namun kerajaan semalam mengingatkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan selain e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan 'bungkus dan ambil' makanan juga tidak dibenarkan.
Jika golongan warga emas dan mereka ingkar PKP ini tidak diberikan perhatian, maka segala usaha barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memerangi wabak COVID-19, bagai mencurah air ke daun keladi. -BERNAMA
Bernama
Fri Apr 17 2020
Netizen selaku hulubalang di alam media sosial perlu menggembleng tenaga berkempen memberi kesedaran mengenai kesan tindakan ingkar PKP kepada sesetengah pihak yang masih lagi berdegil. Gambar fail.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Pesara ATM bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang pesara ATM daripada lima pertuduhan rasuah berhubung pelantikan sebuah syarikat secara rundingan terus.