Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan siasatan ke premis yang didapati disewakan kepada warga asing khususnya warga Afrika dan menyalahgunakan pas pelajar bagi menjalankan perniagaan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, DBKL akan menarik balik lesen perniagaan dan menyita premis hak milik warga tempatan sekiranya didapati terbabit menyewa kepada warga asing.
Katanya, Kementerian akan mengambil tindakan tegas sekiranya warga asing dari Afrika yang didapati berniaga secara terbuka di kawasan DBKL dengan menggunakan pas pelajar.
"Kita sedang meneliti yang mengatakan premis DBKL yang disewa ini dan kita akan ambil tindakan. Saya sendiri akan turun padang esok untuk melihat sendiri satu tempat dan saya takkan bagi tahu siapa-siapa kerana saya nak tengok sendiri", katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Wilayah Persekutuan di sini.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) juga akan menarik lesen warga tempatan yang menyewa premis mereka kepada warga asing di sekitar kawasan pentadbirannya.
BACA: Warga Afrika berniaga secara terbuka
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, warga asing tidak dibenarkan mempunyai premis sendiri bagi tujuan perniagaan.
Beliau berkata, warga asing yang didapati menyewa premis untuk menjalankan perniagaan salah dari segi undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Saya memang syorkan supaya satu tindakan drastik daripada pihak berkuasa supaya pelajar termasuk warga Afrika dilakukan dengan menyemak semula dan disiasat adakah mereka ini betul-betul pelajar ataupun mereka ni pelajar sambilan ataupun mereka menggunakan pas pelajar untuk faedah mereka masing-masing," katanya ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya di sini.
Sepanjang 11 bulan pertama 2015, terdapat 19,323 pelbagai kes membabitkan warga asing yang menjalankan perniagaan telah dilaporkan serta tindakan sudah diambil MPSJ.
MPSJ meminta supaya orang ramai tampil dan membuat aduan kepada pihak berkuasa bagi membendung aktiviti perniagaan warga asing di kawasan terbabit.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat warga Afrika menyalahgunakan pas pelajar dengan berkhawin bersama warga tempatan bagi memilik lesen premis perniagaan di negara ini.
Anthea Yap
Wed Dec 30 2015
Kementerian akan mengambil tindakan tegas sekiranya warga asing dari Afrika yang didapati berniaga secara terbuka di kawasan DBKL dengan menggunakan pas pelajar. - Gambar fail
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Imigresen beri amaran kepada warga asing berniaga secara haram musim Deepavali
JIM akan melakukan pemantauan bagi memastikan pendatang tanpa izin tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.
Banjir: Pengusaha warung ingin segera kembali berniaga
Situasi banjir yang semakin pulih dan cuaca bertambah baik membolehkan hampir 150 penduduk Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun, mulai pulang dan membersihkan rumah masing-masing.
PKP: Kuih punten buka pintu rezeki, ubah nasib suri rumah
Bermula dengan hanya berniaga secara dalam talian di rumah, Aida kini mengusahakan gerainya sendiri.
ISHRAF mula nampakkan hasil, bantu asnaf, B40 tambah pendapatan
Setakat ini seramai 20 peserta yang terlibat telah mencatatkan jumlah jualan terkumpul lebih RM258,000.
Banjir: Penjaja kecil nekad mulakan perniagaan semula
Hujan lebat sejak beberapa minggu menyebabkan Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan juga Mersing dilanda banjir.
UiTM meterai MoU dengan tiga syarikat, buka peluang untuk pelajar berniaga
MoU itu merupakan kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi bidang keusahawanan.
Sabah kuasa ekonomi baharu? Boleh bah...
Kelebihan dimiliki Sabah dilihat mampu menjadi sebuah kuasa ekonomi berikutan kawasan tanah yang luas dan sumber asli yang banyak sebagai aset utamanya.
Normal baharu: Pelajar jual juadah berbuka dari rumah ke rumah tambah pendapatan
Pelajar Polimas Jitra, Hafiylutfi Mahadzir, 20, bertekad untuk berniaga makanan dari rumah ke rumah sepanjang Ramadan untuk mencari duit raya.
Dr Mahathir harap lebih ramai orang luar bandar berniaga
Dengan cara itu, jurang kekayaan antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikecilkan, sekali gus memastikan kemakmuran untuk negara.
'Ya saya masih berniaga cili di pasar tani, kenapa nak malu?'
Dia dan suami Syed Fauzi Syed Baharuddin akan pergi ke pasar tani menjaja sendiri jualan mereka sekiranya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni.