IPOH: Minat untuk mempelajari juadah tradisi Jawa membuahkan hasil apabila seorang suri rumah berjaya mengubah nasib dan membantu keluarga dengan menjual kuih punten yang dipelajarinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas.
Bermula dengan hanya berniaga secara dalam talian di rumah, Aida Farkhanah Mazlan, 24, kini mengusahakan gerainya sendiri dibantu suaminya Firdaus Sulaiman, 29, di hadapan rumah keluarganya untuk meneruskan kehidupan mereka dalam mencari pendapatan dan kelangsungan hidup.
Ibu kepada seorang anak itu berkata beliau mula mempelajari kaedah menghasilkan kuih tersebut menerusi YouTube yang kemudiannya menjadi antara juadah unik di gerainya di Kampung Sri Kinta yang turut menjual pisang goreng, kuih-muih dan keropok lekor selain kuih punten tersebut.
Aida berkata punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa Sabak Bernam, Selangor yang hampir sama seperti nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu cuma ia lebih berlemak kerana dicampur santan dan garam untuk menambah keenakannya.
"Puten ini memang mengikut selera Jawa yang sinonim dengan masakan pedas. Jadi memang banyak pelanggan berketurunan Jawa suka membeli di kedai kami namun ada juga yang pertama kali mengetahui tentang kewujudan kuih ini.
"Saya jual kuih ini sebab ia unik jika hendak dibandingkan dengan kuih-kuih lain. Kalau hendak diikutkan, kebiasaannya apabila menyebut masakan Jawa, pasti akan terfikir nasi ambeng dan lontong sahaja. Oleh itu, kami cuba buat kelainan sedikit," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Aida, tekstur punten yang lembut seperti nasi impit yang dihidang bersama sambal hijau mampu menggamit selera peminat juadah pedas dan membawa kelainan kepada menu petang seisi keluarga.
Menceritakan tentang cara pembuatan kuih puten itu, Aida berkata ia mengambil masa kira-kira 45 minit menggunakan nasi yang dicampur dengan santan sebagai bahan utamanya.
"Nasi yang sudah dimasak akan dicampur bersama santan dan dilenyekkan untuk dijadikan bentuk seperti bujur. Kemudian bahan tersebut akan ditanak menggunakan ketuhar nasi. Bagi tiga tanak nasi bakal menghasilkan kira-kira 40 biji kuih puten.
"Sambal hijau pula hanya menggunakan bahan-bahan seperti cili api dan bawang yang dikisar. Cili boleh ditambah mengikut tahap kepedasan yang diingini," katanya.
Menurutnya, pada mulanya kuih punten ini kurang mendapat sambutan namun selepas lebih setahun bertapak, ia semakin mendapat permintaan dan meniti di bibir pelbagai kelompok masyarakat bukan sahaja dari penduduk Ipoh, malah dari Sabak Bernam, Selangor yang sanggup datang merasai keistimewaannya.
Aida menambah kuih puten yang dijual dengan harga serendah RM4 untuk enam ketul itu boleh habis dijual sehingga 40 ketul dalam masa sehari dan permintaan masih berterusan meskipun dengan penularan wabak COVID-19.
Beliau berharap di sebalik peredaran masa dan teknologi, kuih punten masih mendapat sambutan daripada generasi muda serta tidak lapuk ditelan zaman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 21 2021
Makanan tradisi Jawa kuih punten dan sambal hijau. Aida mempelajari juadah tradisi itu menerusi YouTube sejak Jun lalu. - Foto BERNAMA
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.