DBKL memaklumkan, tindakan di bawah Task Force Culas Sewa (TFCS) itu akan dilaksanakan bermula bulan depan.
"Tindakan memotong bekalan air terhadap unit penyewa yang masih mempunyai tunggakan sewa di kawasan PA dan PPR DBKL akan dilaksanakan.
"Selesaikan tunggakan sewa anda segera untuk mengelakkan tindakan tegas," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Katanya, penyewa digalak membuat pembayaran secara atas talian melalui platform DBKL Bayar atau Pay@KL atau JomPAY. - Sinar Harian