KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya segera melaksanakan penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) dan mewartakan dokumen itu sebelum penghujung tahun ini.
Anwar, yang mempengerusikan taklimat bagi mendengar dan meneliti laporan sesi libat urus pindaan Draf PSKL 2040 bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL semalam berkata secara dasarnya, beliau berpuas hati dengan laporan sesi libat urus yang dibentangkan.
Beliau berkata DBKL perlu memberi tumpuan mengekalkan kawasan rizab hutan dan kawasan lapang bagi memastikan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau, sihat dan rancak tercapai.
Selain itu, Perdana Menteri berkata beliau bersetuju supaya perumahan mampu milik diperluaskan bagi menampung permintaan terhadap jenis perumahan tersebut oleh warga kota Kuala Lumpur.
"Cadangan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perumahan mampumilik melalui konsep Kejiranan Madani di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Kerajaan amat komited bagi memastikan penyediaan PSKL 2040 ini adalah komprehensif dan bersifat inklusif untuk rakyat selaras dengan visi Kuala Lumpur, Bandar Untuk Semua," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar berkata berdasarkan perlanjutan sesi libat urus yang diadakan bermula 18 hingga 26 Mei lepas, DBKL menerima sebanyak 639 pandangan daripada 425 peserta yang hadir dalam sesi libat urus tersebut.
PSKL 2040 merupakan antara komponen utama Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang mengandungi visi, matlamat, hala tuju strategi dan tindakan untuk memandu Kuala Lumpur bagi 20 tahun akan datang.
Antara kandungan draf PSKL 2040 adalah mengintegrasikan penggunaan tanah dengan perancangan infrastruktur, pengangkutan, penyediaan perumahan mampu milik, pekerjaan, kemudahan awam serta peningkatan kualiti alam sekitar dan ruang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Anwar berkata berdasarkan perlanjutan sesi libat urus yang diadakan bermula 18 hingga 26 Mei lepas, DBKL menerima sebanyak 639 pandangan daripada 425 peserta yang hadir. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

DBKL perlu laksana segera penambahbaikan Draf PSKL 2040 - PM Anwar
Perdana Menteri meminta DBKL supaya segera melaksanakan penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040).