KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenal pasti tanah terbiar kerajaan Persekutuan dan tanah rizab yang berpotensi dimajukan sebagai kebun kejiranan bandar bagi membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan golongan B40.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Ekonomi serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi menyenaraikan lokasi terlibat selain bekerjasama dengan pihak yang mempunyai kepakaran berkaitan.
"Sesungguhnya, usaha kuat dan iltizam tinggi ahli komuniti dalam menjayakan 40 Projek Kebun Kejiranan Bandar ini (sedia ada), saya lihat telah berjaya menghasilkan pelbagai tanaman yang boleh dinikmati oleh komuniti setempat.
"Adalah lebih berfaedah sekiranya, hasil tanaman di kebun kejiranan ini, boleh dijadikan punca pendapatan tetap kepada ahli komuniti yang terlibat, dengan hasil tanaman yang segar dan berkualiti sudah tentu boleh dipasarkan kepada pihak yang memerlukan seperti FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), restoran dan pasar berdekatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Anugerah Kebun Kejiranan Bandar Kuala Lumpur 2023 dan Pelancaran Buku Panduan Pelaksanaan Kebun Kejiranan Bandar Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) bersempena Festival Taman Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Mahadi berkata pihaknya juga telah melakukan libat urus dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkaitan inisiatif berkenaan baru-baru ini.
Beliau berkata selain membuka peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah, usaha itu juga secara tidak langsung mampu mengurangkan kos penyelengaraan tanah terbiar yang menelan belanja tinggi.
Terdahulu, Mahadi turut menyampaikan Anugerah Kebun Kejiranan Bandar Kuala Lumpur 2023 bertujuan meraikan ahli kebun komuniti yang diktiraf sebagai pelaksana inisiatif Kebun Kejiranan Bandar LA21 KL melalui aktiviti berkebun di kawasan kejiranan masing-masing dan telah bermula sejak 2016.
Penganjuran anugerah itu juga selari dengan dasar yang telah disarankan berdasarkan Dasar Kebun Komuniti Negara dan Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur sepanjang tempoh bermula projek pada 2014 hingga kini.
Antara projek yang terdapat di bawah program LA21 KL ialah projek kebun kejiranan bandar iaitu aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan kejiranan dan diusahakan secara komuniti dengan pendekatan 'bottom-up' iaitu komuniti sendiri memulakan inisiatif berkebun di kawasan hijau yang tidak dimanfaatkan ataupun kawasan terbiar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berucap sebelum menyempurnakan Majlis Anugerah Kebun Kejiranan Bandar Kuala Lumpur 2024 di KL Park Festival 2023 pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.