BUKIT MERTAJAM: Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” antara 32 individu yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Pusat Perniagaan Gemilang di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dalam serbuan pada 12.05 tengah malam itu, kesemua warga tempatan termasuk 10 wanita yang berusia antara 20 dan 60 tahun itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 (1) Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 2021, yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
Menurut Shafee “Datuk Seri” berusia 60 tahun itu ditahan bersama-sama 17 individu ketika sedang berhibur dalam majlis sambutan hari lahir rakan wanitanya di dalam bilik sewa khas di pusat hiburan tersebut.
"Pusat hiburan itu menempatkan beberapa bilik karaoke untuk pengunjung berhibur dan semasa serbuan, ada pelanggan yang sedang berhibur dan menganjurkan sambutan hari lahir di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Vietnam di pusat hiburan itu kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan melanggar SOP.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021

Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bersama-sama 17 individu ketika sedang berhibur dalam majlis sambutan hari lahir rakan wanitanya di dalam bilik sewa khas di pusat hiburan tersebut. - Gambar hiasan

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri
Tertuduh didakwa guna dan menikmati gelaran tersebut pada surat permohonan kelulusan untuk anjur majlis ulang tahun persatuan itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir
Difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.

Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud
Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.

Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000
Pihak Istana Negeri Selangor juga telah mengesahkan bahawa surat dikeluarkan suspek untuk diberikan kepada mangsa adalah palsu.

Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.

Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan
Semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing
Mohammed Al Faizal Mohammed mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Saarani ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perak
Saarani dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.