KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, daripada dua pertuduhan menipu berhubung pembelian milikan pegangan pesawat dan helikopter berjumlah lebih RM7 juta.
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ismail Hassan, 59, di akhir kes pendakwaan.
"Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. Wang jaminan (RM10,000) dikembalikan," katanya.
Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata mahkamah mendapati tidak wujud elemen pernyataan palsu dan niat tidak jujur oleh tertuduh di dalam pertuduhan pertama.
"Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh tidak pernah pada bila-bila masa berjanji untuk membeli pesawat tersebut dan mengeluarkan dua cek.
"Pembelian yang dikatakan itu datangnya daripada kehendak pengadu sendiri, seperti mana terbukti dalam rantaian perbualan WhatsApp antara tertuduh dan pengadu, yang mana pengadu ingin menjual pegangannya atas pesawat-pesawat tersebut serta desakan pengadu ke atas tertuduh.
"Oleh itu, mahkamah melihat tidak ada apa-apa perbuatan pemerdaya atau pernyataan tidak jujur daripada tertuduh," kata Kamarudin.
Mengenai pertuduhan kedua, Kamarudin berkata berdasarkan keterangan saksi, mahkamah mendapati terdapat surat dari Jabatan Insolvensi yang telah dikeluarkan kepada tertuduh, sejak 6 Sept 2016.
"Surat tersebut menyatakan bahawa tertuduh dibenarkan menjalankan tugas sebagai perunding syarikat tanpa apa-apa syarat sekatan lain, namun tertuduh tidak boleh menjadi penjamin bagi pinjaman kepada syarikat itu atau mana-mana pihak.
"Walaupun tanpa pelepasan dari seorang bankrap (muflis), namun dengan adanya surat kebenaran tersebut, ia memadai untuk tertuduh melaksanakan apa-apa perkara berkaitan perjalanan syarikat kerana ia dalam pengetahuan pihak insolvensi, yang telah menimbang dengan halus akan baik dan buruknya kemampuan serta keupayaan tertuduh, sebelum surat kebenaran menjalankan tugas itu dikeluarkan kepadanya," Hakim Kamarudin.
Perbicaraan kes itu bermula Mei lalu dengan 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan, manakala Ismail diwakili peguam Datuk Zainal Omar dan Ahmad Fadli Salleh.
Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa menipu seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dengan memperdayakannya bahawa tertuduh hendak membeli milikan pegangan pesawat Cessna 650 Citation III (N95AZ) dan helikopter jenis EC120B (N120TX), dengan harga RM7,092,995.
Tertuduh telah menyerahkan dua cek bernilai RM1 juta dan RM6,092,995 kepada mangsa, sedangkan beliau mengetahui bahawa kedua-duanya tidak boleh ditunaikan.
Ismail didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman di Solaris Dutamas, Sentul di sini pada 21 Feb 2019 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa sebagai seorang muflis yang belum dilepaskan, telah memasuki satu perjanjian pinjaman bertarikh 29 Nov 2017 dengan lelaki sama, bagi tujuan pembelian pesawat dan helikopter sama serta penubuhan sebuah syarikat untuk menjalankan perniagaan penyewaan pesawat di negara ini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Pinang, Dang Wangi di sini pada 29 Nov 2017, mengikut Seksyen 109(1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ismail Hassan, 59, di akhir kes pendakwaan. - Gambar hiasan
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Datuk Zuraida Kamaruddin.
Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.
'Najib terharu ahli UMNO akan solidariti di mahkamah Isnin ini'
Najib menzahirkan penghargaan kepada UMNO atas sokongan yang diberikan untuk perhimpunan Solidariti 4 Najib Razak yang akan diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin ini.
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
Kes dadah: 'Tolonglah! Saya merayu, saya ada anak' - Along Cham
Along Cham yang berhadapan pertuduhan memiliki dadah merayu supaya dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai anak.
Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh
Mahkamah Tinggi pada Khamis, melepas dan membebaskan seorang bekas tukang masak daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.
Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.
Keputusan CEO GISB, isteri cabar penahanan bawah SOSMA 14 Januari
Mahkamah Tinggi Johor Bahru menetapkan 14 Januari depan bagi keputusan bantahan awal permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya.
Zahnita Wilson dapat perintah perlindungan interim
Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang berlangsung hari ini.