PETALING JAYA: Bukan sahaja beroperasi sebagai premis salun kecantikan, sebaliknya sebuah premis terletak di Damansara Perdana, di sini dikesan turut menawarkan khidmat sarung gigi (veneer) secara haram dengan mencari pelanggan menerusi media sosial.
Aktiviti itu terbongkar selepas diserbu Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu.
JKN Selangor dalam kenyataan berkata, hasil risikan selama sebulan, pihaknya menahan dua individu berusia 23 dan 24 tahun yang juga pasangan suami isteri.
Menurutnya, siasatan awal mendapati promosi rawatan 'veneer' dibuat oleh suspek melalui Instagram dan TikTok.
"Ketika serbuan dijalankan, suspek lelaki sedang menjalankan rawatan 'veneer' gigi terhadap seorang pelanggan.
"JKN percaya spa kecantikan itu menawarkan caj harga sekitar RM400 hingga RM1,000 untuk rawatan 'veneer' selain pemutihan gigi," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, menerusi soal siasat dijalankan, suspek lelaki mendakwa menjalankan aktiviti itu sejak dua tahun lalu dan dia belajar untuk membuat rawatan itu selepas menghadiri kelas hanya sehari dengan bayaran RM2,000 di salun kecantikan lain.
Katanya, suspek juga mengakui perbuatannya disebabkan faktor keuntungan.
"Pelanggan perlu membuat janji temu dan bayar deposit terlebih dahulu untuk mendapatkan slot rawatan.
"JKN percaya peralatan dan bahan pergigian yang digunakan diperoleh suspek menerusi pembelian secara online," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 iaitu menjalankan amalan pergigian oleh orang yang tidak berkelayakan dan berdaftar yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 05 2024

JKN Selangor menyerbu sebuah premis salun kecantikan yang menawarkan khidmat veneer gigi secara haram di Damansara Perdana, Petaling Jaya, pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Datang kelas sehari, terus jadi 'doktor' gigi
Siasatan awal mendapati promosi rawatan 'veneer' dibuat oleh suspek melalui Instagram dan TikTok.