Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak masyarakat China datang ke Malaysia bukan sebagai pelancong tetapi sebagai pelabur yang akan memacu ekonomi kedua-dua buah negara.
Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia berhasrat untuk mempelajari pelbagai bidang dari China termasuk dalam sektor pembuatan yang dipelopori negara itu ketika ini.
"Seperti di China, anda membawa teknologi, cara pembuatan terkini, termasuk bidang komunikasi, teknologi informasi (IT) selain mempunyai prospek bukan hanya kerana pembangunan dan import, sebaliknya dengan membuatnya sendiri.
"Oleh itu, Malaysia ingin belajar sama ada kami boleh menjadi pengeluar yang terbaik seperti China. Jadi kami ingin meneruskan hubungan baik ini selain menambah baik termasuk berusaha menggapainya," ujar beliau pada sesi dialog bersama Kelab Usahawan China di sini pada Ahad.
Tambah Dr Mahathir, hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 2000 tahun lalu perlu diperkukuh dengan mengenepikan konfrontasi, sekali gus memberi fokus kepada pembangunan ekonomi.
"Perkara ini tidak susah untuk kita capai seperti mana saya katakan bahawa hubungan kami dengan China terjalin sejak 2000 tahun lalu. Pada ketika itu, tiada konfrontasi, kita boleh hidup sebagai negara berdaulat.
"Saya percaya ini akan diteruskan pada masa depan dengan kedua buah negara memfokuskan kepada pembangunan ekonomi, dan bukan konfrontasi.
"Kedua-dua buah negara membangun disebabkan oleh pengurusan ekonomi yang baik. Kita mampu memenuhi satu sama lain termasuk dalam mencipta kekayaan dan menghapuskan kemiskinan di Malaysia dan China," ujar beliau.
Pada sesi soal jawab, beliau turut disoal berkenaan kekhuatiran rakyat China terutama dalam kalangan pelabur susulan kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
Namun, Dr Mahathir menegaskan, perkara tersebut tidak harus kekal bermain di fikiran usahawan negara Tembok Besar itu.
"Saya harap masalah berkaitan MH370 tidak kekal di ingatan usahawan negara ini kerana perkara itu sesuatu yang kami tidak dapat bantu. Sehingga kini, kami tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.
"Jadi anda tidak boleh salahkan Malaysia atas apa yang jadi. Justeru saya harap rakyat China akan terus menggunakan penerbangan Malaysia termasuk juga penerbangan China untuk ke Malaysia," ujarnya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Aug 19 2018
![Datang bukan hanya sebagai pelancong, tapi pelabur - Tun Dr Mahathir Datang bukan hanya sebagai pelancong, tapi pelabur - Tun Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534675424_TUNMJACKMA.jpg)
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi China Entrepreneur Club Jack Ma ketika sesi dialog pada Forum Leaders China Entrepreneur Club, pada Ahad. - Foto Bernama
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Xi Jinping seru SCO berwaspada terhadap ancaman berbaur Perang Dingin Xi Jinping seru SCO berwaspada terhadap ancaman berbaur Perang Dingin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720178611_TBSeniorChineseL.jpg)
Xi Jinping seru SCO berwaspada terhadap ancaman berbaur Perang Dingin
Presiden China, Xi Jinping menyeru negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) berwaspada terhadap ancaman yang berbaur Perang Dingin.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707662600_OpenAI.jpg)
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
![Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT
Aplikasi SuperApp menyediakan berbagai layanan dalam satu platform, dijangka dilancarkan tahun depan.
![China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709632005_TBRESUPPLUBOAT.jpg)
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.
![BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719868974_Beregulelakinegara.jpg)
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.
![Pasangan panda gergasi China tiba di AS Pasangan panda gergasi China tiba di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719548642_giantpanda.jpg)
Pasangan panda gergasi China tiba di AS
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari CCRCGP.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![MWC Shanghai 2024: Manfaat 5G-A dengan suntikan AI untuk pengguna MWC Shanghai 2024: Manfaat 5G-A dengan suntikan AI untuk pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719465421_MWCShanghai.jpg)
MWC Shanghai 2024: Manfaat 5G-A dengan suntikan AI untuk pengguna
Richard Liu, President Pemasaran dan Penjualan Solusi ICT Huawei harini telah berkongsi sedikit sebanyak potensi 5G-A apabila
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.