SHAH ALAM :Penggunaan teknologi dalam mengesan keadaan jalan berlubang di negara ini mampu menjimatkan masa pihak terlibat khususnya bagi membendung insiden tidak diingini sehingga tercetus korban jiwa.
Ketua Pegawai Eksekutif Inference Tech Sdn Bhd, Izad Che Muda berkata, penggunaan sistem kecerdasan buatan (AI) tidak memerlukan masa yang begitu panjang berbanding manual.
“Kita gunakan teknologi tersebut untuk kesan jalan berlubang dan rosak secara automatik menggunakan kamera ‘dashcam’ (kamera papan pemuka).
“Dengan adanya teknologi ini kita tidak perlu lagi bergantung kepada aduan daripada rakyat dan ia akan terus disalurkan kepada pihak berkuasa termasuk lokasi dan jenis kerosakan,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Menurut Izad, sistem tersebut turut mengumpulkan data aduan orang ramai berhubung isu kerosakan sebelum ia disalur terus kepada pihak berwajib.
Setakat ini, sistem berkenaan telah diguna pakai oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor yang memberi tumpuan di kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Untuk rekod, dua kawasan itu sahaja telah mencatatkan lebih 1,000 kes kemalangan melibatkan isu jalan berlubang dan rosak.
Sementara itu, Izad turut memberi penjelasan mengenai isu komunikasi yang mengakibatkan aduan orang ramai tidak sampai kepada saluran yang sepatutnya.
“Ramai yang salah anggap bila isu kerosakan jalan pihak yang bertanggungjawab adalah syarikat konsesi di bawah JKR dan peruntukan membaiki jalan dikeluarkan pihak JKR,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat kualiti bahan bagi pembaikan jalan perlu ditambah baik khususnya di kawasan pedalaman dan laluan kenderaan berat yang menyebabkan kejadian sama berulang.
Hilmi Malik
Thu Jan 07 2021

Izad menjelaskan penggunaan teknologi AI bantu mengesan jalan berlubang dengan lebih sistematik.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Penunggang motosikal maut langgar lubang jalan di Kota Kinabalu
Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah City Mall menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.

Remaja wanita maut digilis, motosikal terjatuh langgar lubang
Seorang wanita maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan akibat terlanggar lubang di bahu jalan, sebelum digilis sebuah kereta dekat Jalan Ipoh-Lumut, di sini pada Rabu.

Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.

Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.

Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.

Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang
Mohd Razali dirawat di Hospital Gua Musang sejak tengah hari Sabtu dan setakat malam tadi masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.