IPOH: Seorang wanita maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan akibat terlanggar lubang di bahu jalan, sebelum digilis sebuah kereta dekat Jalan Ipoh-Lumut, di sini pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian jam 1.05 tengah hari itu menyebabkan mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Besar Batu Gajah.
"Mangsa berusia 18 tahun terbabit kemalangan dengan sebuah kereta. Siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Ipoh ke Batu Gajah.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dia terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan dan melanggar fender kiri hadapan sebuah kereta di laluan sama.
"Kereta itu dipandu seorang wanita berusia 40 tahun. Mangsa terjatuh di atas jalan dan dipercayai telah digilis kereta tersebut.
"Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa dibawa ke Hospital Besar Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan cedera parah di paha kanan.
"Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Aida Aziz
Thu Jul 25 2024

Mangsa dipercayai terlanggar lubang di bahu kiri jalan sebelum hilang kawalan dan melanggar 'fender' kiri hadapan sebuah kereta di laluan sama lalu terjatuh. - Gambar/ PDRM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Penunggang motosikal maut langgar lubang jalan di Kota Kinabalu
Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah City Mall menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.

Remaja wanita maut digilis, motosikal terjatuh langgar lubang
Seorang wanita maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan akibat terlanggar lubang di bahu jalan, sebelum digilis sebuah kereta dekat Jalan Ipoh-Lumut, di sini pada Rabu.

Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.

Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.

Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.

Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang
Mohd Razali dirawat di Hospital Gua Musang sejak tengah hari Sabtu dan setakat malam tadi masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.