KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat lepas, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Fhakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di KM15.7 dari arah Penchala ke Denai Alam itu pada 12.05 tengah malam.
Beliau berkata lelaki berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.
Lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk itu dibuka mulai 12.01 tengah malam, Jumaat lepas (14 Okt).
DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk itu dibuka mulai 12.01 tengah malam, Jumaat lepas (14 Okt).- Foto BERNAMA

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Polis tahan dua mekanik berlumba di lebuh raya DASH
Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta.

Kutipan tol di lebuh raya DASH bermula esok
Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).

DASH catat kemalangan maut pertama libatkan penghantar makanan
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan.

Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.

Kedua-dua arah Lebuhraya NKVE ditutup sementara bagi projek pembinaan DASH
Ia bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya dalam mengelakkan sebarang kejadian luar jangka ketika kerja-kerja dijalankan.

Warga Bangladesh mangsa dihempap konkrit meninggal dunia - Polis
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada media.

Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.

Lebuhraya DASH, SUKE dapat kurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas
Pembinaan dua lebuh raya ini dapat meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna.

Prolintas harap pembinaan SUKE boleh disambung semula selepas seminggu
Prolintas memberi masa seminggu kepada kontraktor untuk memastikan kawasan berhampiran Taman Bukit Saga selamat sebelum menyambung semula pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE.

Prolintas hubungkan masyarakat kepada syarikat pembangun projek SUKE, DASH
Kempen #contactlahkami selaras dengan falsafah Prolintas yang mengutamakan kualiti, teknologi dan tanggungjawab kepada rakyat dalam memajukan projek-projek infrastruktur.