Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) memberi masa seminggu kepada kontraktor terbabit untuk memastikan kawasan berhampiran Taman Bukit Saga selamat sebelum menyambung semula pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Pemangku Pengurus Besar SUKE Faizal Othman berkata pihaknya telah mengambil langkah segera susulan insiden bongkah batu yang terjatuh pada Selasa lepas.
"Pertama sekali, tembok penghadang konkrit sedia ada akan ditingkatkan untuk melindungi kawasan perumahan tersebut.
"Selain itu, kami juga akan mewujudkan kawasan perangkap atau 'trap' bagi batu-batu supaya kawasan tersebut lebih selamat," katanya.
Apabila ditanya sekiranya kewujudan bongkah batu sepanjang 1.5 meter dan selebar 1.5 meter disedari pihaknya ketika laporan risiko kawasan dibuat, Faizal berkata kawasan selamat sepanjang 30 meter sudahpun diwujudkan ketika pembinaan dimulakan.
"Namun, pada ketika itu (Selasa), kawasan tersebut berselut. Oleh itu, apabila bongkah batu tersebut jatuh pada jarak yang tinggi, ia telah menyebabkan percikan lumpur ke kawasan perumahan," jelas Faizal.
Walaupun projek pembinaan SUKE di kawasan tersebut telah dihentikan sementara, Faizal berharap ia tidak akan menganggu proses keseluruhan pembinaan lebuhraya tersebut.
"Ketika ini, SUKE sudah 20 peratus siap dan masih mengikut perancangan untuk siap sepenuhnya dan boleh beroperasi pada 2020," kata Faizal.
Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat bersama media bagi projek SUKE dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) di SUKE Galleria, Ampang Hilir.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengurus Besar DASH Latib Rasol.
Hafiz Marzukhi
Thu Jan 25 2018

Tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai. - Astro AWANI
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

Prolintas harap pembinaan SUKE boleh disambung semula selepas seminggu
Prolintas memberi masa seminggu kepada kontraktor untuk memastikan kawasan berhampiran Taman Bukit Saga selamat sebelum menyambung semula pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE.

Penduduk berwaspada walaupun air telah pulih
Penduduk flat Ampang Hilir mula menarik nafas lega apabila krisis air yang melanda kawasan tersebut selesai namun penduduk masih berjaga-jaga sekiranya perkara itu kembali berlaku.