Dasar Perumahan Negara baharu yang akan diperkenalkan Disember ini bakal merangkumi polisi lengkap pemilikan dan pembiayaan kediaman.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia sekali gus polisi yang mengambil kira isu pinjaman perumahan yang menjadi masalah masyarakat.
"Kita telah mengadakan perbincangan bersama Bank Negara, Kementerian Kewangan, KWSP, pihak bank dan persatuan-persatuan pemaju dalam mengubal Dasar Perumahan Negara yang baharu.
"Memang sudah menjadi hasrat kerajaan baharu di Pakatan Harapan bagi memudahkan pemilikan rumah termasuk agar harga kediaman dapat diturunkan," katanya.
Beliau berkata demikian semsa sidang media selepas perbincangan bersama pemilik Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Pudina, Presint 17 di sini, hari ini.
Terdahulu, Zuraida mengadakan perbincangan tertutup bersama Pemaju Pangsapuri Pudina PPA1M mengenai aduan kira-kira 200 pemilik unit.
Tegasnya, pemaju diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan segala masalah yang diadu pembeli yang terdiri daripada penjawat awam.
"Setakat ini mengikut apa yang dilaporkan perbadanan dan pemaju pangsapuri berkenaan, 300 aduan dari pembeli yang sudah menerima kunci rumah diperolehi.
"Memang ada tuntutan pembeli, ada banyak aduan yang mana beberapa perkara tidak dipenuhi seperti yang dipersetujui dalam perjanjian jual beli serta syarat menduduki hartanah.
"Segala aduan itu telah diajukan kepada pemaju terbabit untuk tindakan segera berikutan kegusaran pembeli kebanyakannya penjawat awam dan perbadanan akan membuat penilaian kali kedua melibatkan 300 aduan itu," jelasnya.
Pangsapuri Pudina PPA1M mempunyai lapan blok dengan 1504 unit.
Dalam pada itu, Zuraida memberitahu, semua projek perumahan rakyat seperti Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), PPA1M dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) akan diletakkan di bawah kementeriannya pada Ogos ini.
Ujarnya, kertas cadangan berhubung perkara itu akan dihantar kepada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Wan Syamsul Amly
Fri Jul 20 2018

ZURAIDA: Semua projek perumahan rakyat seperti PR1MA, PPA1M dan Rumawip akan diletakkan di bawah KPKT pada Ogos ini. - Gambar BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Bajet 2019 diharap beri keutamaan pembangunan perumahan P.Pinang
Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap kerajaan persekutuan memberi lima penekanan pembangunan perumahan di negeri ini dalam pembentangan Bajet 2019 yang dijadual dibentang esok.

Banyak aduan PPA1M: 1,100 pemilik perlu tangguh kemasukan - Zuraida
Pemilik perlu memberi tempoh sebulan kepada pemaju untuk menyiapkan saki-baki kerja yang tidak diselesaikan.

Dasar Perumahan Negara baharu pada Disember - Zuraida
Dasar perumahan negara baharu yang akan diperkenalkan Disember ini bakal merangkumi polisi lengkap pemilikan dan pembiayaan kediaman.

Perumahan dan struktur tol jadi tumpuan Majlis Penasihat Kerajaan
Isu perumahan dan penstrukturan tol dijangka menjadi perbincangan utama Majlis Penasihat Kerjaan hari ini.

Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.

Anak pesara kini boleh beli rumah PPA1M - Ali Hamsa
Anak pesara kerajaan kini berpeluang untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Kerajaan sedia RM13 bilion bantu rakyat miliki rumah
Beliau berkata langkah itu dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif termasuk Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Kerajaan sedia PPA1M untuk kesejahteraan penjawat awam - PM Najib
Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bukan sahaja untuk menyediakan kediaman malah ia bertujuan untuk menambah harta penjawat awam.

Penjawat awam di negeri pembangkang turut layak mohon PPA1M - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang turut layak memohon untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

PPA1M Metropolitan Kepong hampiri sasaran 100,000 unit - Najib
Sehingga Mei lalu, sebanyak 82,012 unit PPA1M telah diluluskan dan kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.