Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bukan sahaja untuk menyediakan kediaman malah ia bertujuan untuk menambah harta penjawat awam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil langkah untuk membina projek PPA1M demi kesejahteraan keluarga dan diri penjawat awam yang akan diberi hak milik hartanah itu.
Katanya sebagai tunjang kepada jentera pentadbiran kerajaan, penjawat awam merupakan kumpulan sasar yang amat penting bukan sahaja dalam mendukung dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan malah merupakan kumpulan yang banyak memainkan peranan dan menyumbang jasa kepada pembangunan negara.
"Amat wajar penjawat awam dapat menduduki kediaman yang selesa, aman dan dapat mengecapi penambahan nilai harta atau aset yang dapat dijadikan simpanan mereka sepanjang usia mereka sebagai penjawat awam," katanya pada majlis penyerahan kunci PPA1M Larai di Presint 6, di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.
Najib berkata penyediaan rumah mampu milik merupakan agenda utama kerajaan dengan kerjasama pihak swasta dan antaranya ialah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Mesra Rakyat, Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), rumah generasi kedua Felda, Felcra dan Risda.
Beliau berkata kerajaan menyasar pembinaan 126,000 unit PPA1M untuk penjawat awam di seluruh negara dan setakat ini hampir 3,500 unit siap dan diduduki, bakinya sedang giat diusahakan.
"Insya-Allah, menjelang 2020, kesemua jumlah unit yang disasarkan akan siap sepenuhnya... ini merupakan satu tanda atau milestone yang bermakna ke arah pengisian agenda perumahan negara," katanya.
Perdana menteri berkata bagi setiap unit PPA1M yang dibina untuk para penjawat, nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah daripada RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada saiz rumah.
Memberi contoh rumah kediaman yang berkeluasan 1,200 kaki per segi (kps) dengan harga jualan RM260,000, nilai subsidi kerajaan adalah RM30,000 manakala bagi rumah berkeluasan 1,500 kps yang harga jualah adalah RM300,000, nilai subsidinya RM38,000, katanya.
"Saya difahamkan projek PPA1M Larai ini merupakan terbesar yang pernah kita laksanakan setakat ini. PPA1M Palma di Presint 11 dan PPA1M Selasih di Presint 17 juga siap dibina," kata perdana menteri.
Dalam satu kenyataan PPj, projek PPA1M Larai mempunyai 1,680 unit yang terdiri daripada 536 unit dan 16 unit untuk Orang Kurang Upaya yang masing-masing berkeluasan 1,000 kps, 748 unit berkeluasan 1,200 kps dan 380 unit berkeluasan 1,500 kps.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Larai di Presint 6 hari ini. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.

Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.

Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.

Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.

Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.

Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.

Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.

Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.

Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.